Harian Metro

Sarawak diramal tidak dilanda jerebu

-

Kuching: Sarawak dijangka tidak mengalami jerebu rentas sempadan yang teruk dari Kalimantan Barat, Indonesia tahun ini berikutan perubahan arah tiupan angin, selain faktor cuaca semasa dan kegiatan pembakaran terbuka yang semakin terkawal di wilayah berjiran itu.

Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Peter Sawal berkata, hasil pemantauan sehingga kini mendapati aliran tiupan angin dari wilayah berjiran itu berubah bagi tempoh antara satu hingga dua minggu, malah tidak akan membawa jerebu dari kawasan berkenaan ke negeri ini.

“Di Kalimantan Barat, keadaan cuacanya tidak banyak berbeza dengan Sarawak sejak kebelakang­an ini, termasuk berlaku hujan lebat. Ini secara tidak langsung mengurangk­an jumlah titik panas yang wujud sebelum ini selain komitmen kerajaan Indonesia sendiri dalam mengawal kegiatan pembakaran terbuka,” katanya pada sesi taklimat berkaitan jerebu di Ibu pejabat NREB Sarawak, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Sarawak, Amirul Aripin dan Timbalan Pengarah Penguatkua­saan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan negeri, Datuk Mohamad Morshidi Mustapha.

Katanya, bagi mengelak berlaku pencemaran udara akibat pembakaran terbuka di negeri ini, NREB turut mengambil pendekatan menghentik­an pengeluara­n permit bagi aktiviti berkenaan.

“Sehingga 31 Julai lalu, NREB mengeluark­an 38 permit pembakaran terbuka kepada syarikat perladanga­n dan aktiviti berkenaan sentiasa dipantau,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI NREB menunjukka­n lokasi titik panas yang dikesan di sekitar negeri ini dalam taklimat di ibu pejabat NRED, Menara Pelita di Kuching.
PEGAWAI NREB menunjukka­n lokasi titik panas yang dikesan di sekitar negeri ini dalam taklimat di ibu pejabat NRED, Menara Pelita di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia