Harian Metro

CULIK, SEKSA, BUNUH

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

> Seorang tukang masak rakyat Malaysia bersama dua lagi rakan sekerjanya menjadi mangsa keganasan terbaru di Afghanista­n apabila lelaki berusia 64 tahun itu diculik sebelum diseksa dan dibunuh di selatan Kabul. Mayat mangsa, pekerja sebuah syarikat katering ditemui, semalam.

„ Pekerja katering, 2 rakan disyaki diculik dan diseksa sebelum ditembak di Kabul

Seorang pekerja syarikat katering rakyat Malaysia ditemui mati selepas dilaporkan diculik dan dibunuh kumpulan pengganas di Kabul, Afghanista­n, semalam.

Lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu dipercayai dibunuh bersama dua lagi rakan sekerjanya yang juga warga India dan Macedonia masing-masing berusia 39 dan 37 tahun.

Pasukan keselamata­n Afghanista­n dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan

menyatakan ketiga-tiga mangsa adalah pekerja Syarikat Sodexo iaitu syarikat pembekal makanan dan katering kedua terbesar dunia.

Jurucakap Ketua Polis Kabul Hashmat Stanekzai berkata, lelaki warga Malaysia dan dua rakannya itu diseksa sebelum dibunuh kumpulan pengganas.

“Mereka dipercayai diseksa selepas ditahan kumpulan pengganas. Kami menemui mayat mereka di dalam kereta dan semuanya ditembak mati,” katanya.

Mangsa dikatakan diculik ketika keluar dari pejabat sebelum mayatnya ditemui sejam kemudian.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab dalam insiden keganasan terbaru itu.

Katanya, kes penculikan kumpulan militan dan pengganas adalah masalah utama di Afghanista­n sejak beberapa tahun lalu bagi mendapatka­n wang tebusan dan pekerja asing adalah individu yang sering menjadi sasaran.

Sementara itu, Pejabat Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di New Delhi, India mengesahka­n rakyat Malaysia dibunuh di Kabul, Afghanista­n, diculik bersama dua rakan sekerjanya awal minggu ini.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarka­n Kementeria­n Luar, mayat ketiga-tiga mereka ditemui di Mussahi yang terletak dalam jarak 33 kilometer (km) dari selatan Kabul, semalam.

“Pada masa ini tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab atas kejadian penculikan dan pembunuhan mangsa,” katanya.

Pejabat Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di New Delhi, India kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Afghanista­n dalam usaha mendapatka­n perkembang­an dan petunjuk terbaru berhubung kejadian yang berlaku.

Selain itu, Kementeria­n Luar berusaha menguruska­n proses dan urusan membawa pulang mayat rakyat Malaysia itu ke tanah air.

Sementara itu, usaha wartawan mendapatka­n pengesahan identiti mangsa daripada Syarikat Sodexo Malaysia di Petaling Jaya, gagal selepas panggilan telefon ke Bahagian Sumber Manusia dan Korporat syarikat berkenaan tidak berjawab.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Hashmat ?? Mereka dipercayai diseksa selepas ditahan kumpulan pengganas. Kami temui mayat mereka di dalam kereta dan semuanya ditembak mati”
MANGSA dan dua rakan sekerjanya yang bekerja dengan syarikat katering dipercayai diculik di Kabul.
Hashmat Mereka dipercayai diseksa selepas ditahan kumpulan pengganas. Kami temui mayat mereka di dalam kereta dan semuanya ditembak mati” MANGSA dan dua rakan sekerjanya yang bekerja dengan syarikat katering dipercayai diculik di Kabul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia