Harian Metro

Kreativiti wujudkan dekorasi menarik

-

diwujudkan.

Rumah dikenali sebagai Family Fruits Farm setinggi tiga tingkat itu dihias dengan elemen klasik pada setiap sudut bermula dari ruang tamu, bilik tidur, bilik air, dapur sehingga ke bahagian kaki lima dan beranda.

Mengimbas usahanya menghias rumah berkenaan supaya suasananya dapat mengembali­kan semula nostalgia lama sekitar 1980-an, Richard berkata, ia bermula selepas beliau membeli dusun buahbuahan seluas lebih empat hektar pada 2012.

“Dusun berkenaan ditanam kira-kira 500 pokok buah-buahan seperti nangka, rambutan, durian, manggis dan pulasan. Turut terdapat sebuah rumah dua tingkat yang pernah dihuni bekas pemilik tanah.

“Memandangk­an sudah mempunyai kediaman di kawasan bandar, oleh itu saya merancang menjadikan rumah dalam dusun itu sebagai tempat rehat seisi keluarga untuk bercuti.

“Saya berulang-alik setiap hujung minggu selama tiga tahun untuk mengubah suai rumah berkenaan kepada tiga tingkat. Malah, kerja pengubahsu­aian juga dilakukan sendiri dengan bantuan dua adik,” katanya.

Sesuai dengan hasrat dan tujuan menghidupk­an semula nostalgia terhadap kenangan lama, Richard yang juga pengumpul barangan vintaj kemudian memilih untuk mengolah koleksinya dan mengubah suai barang terpakai bagi menghias kediaman yang memiliki keluasan keseluruha­n 5,000 kaki persegi.

“Hampir 90 peratus barang hiasan dan perabot dalam rumah ini adalah vintaj dan terpakai. Selain mendapatka­nnya daripada lokasi pengumpula­n barangan lama, saya juga mengutip di tepi jalan kerana banyak bahan terbuang sebenarnya boleh dimanfaatk­an.

 ??  ?? RUANG makan tampil unik dengan meja makan kayu palet buat sendiri dan hiasan dinding koleksi vintaj.
RUANG makan tampil unik dengan meja makan kayu palet buat sendiri dan hiasan dinding koleksi vintaj.
 ??  ?? RAK kayu palet dengan hiasan tin lama dan pasu bunga menghias laluan ke dapur.
RAK kayu palet dengan hiasan tin lama dan pasu bunga menghias laluan ke dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia