Harian Metro

Mentor bidang berita

-

Kuala Lumpur: “Arwah abang Dale mentor saya di awal pembabitan dalam industri penyiaran. Dia juga saya anggap sebagai big brother sejak dulu,” kata Penerbit Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima Berhad dan bekas personalit­i TV3, Ezzah Aziz Fawzy, 54, ketika berkongsi kenangan bersama Allahyarha­m Datuk Mahadzir Lokman, 61, yang meninggal dunia di Kota Kinabalu, Sabah, awal pagi semalam.

Menurut Ezzah yang juga rakan karib arwah, berita pemergian Mahadzir diketahui melalui adik bongsu Allahyarha­m, Ida Neliaty, jam 12.12 tengah hari semalam.

“Ida beritahu dia akan berkongsi perkembang­an terkini jenazah apabila sampai di Kota Kinabalu petang semalam.

“Saya merancang menziarah keluarga arwah apabila jenazah sampai di Kuala Lumpur,” katanya.

Ditanya pengalaman bersama Allahyarha­m Mahadzir, kata Ezzah, arwah banyak membimbing dan berkongsi ilmu mengenai penyampaia­n berita di TV3.

“Beliau juga mengajar saya cara membuat lintas langsung, penulisan skrip, suntingan visual dan protokol mengacarak­an majlis rasmi.

“Arwah sering mententera­mkan perasaan saya sebelum berdepan kamera dengan gurau sendanya supaya persembaha­n saya nampak bertenaga ketika membaca berita di TV3 dulu,” katanya.

Kata Ezzah lagi, arwah seorang yang pemurah dan selalu membawa kakitangan TV3 keluar makan ketika hayatnya dulu.

“Arwah juga seorang yang penyayang dan suka berjenaka.

“Beliau sangat rapat dengan ahli keluargany­a dan arwah juga yang menjaga arwah ibunya hingga meninggal dunia.

“Saya berdoa semoga Allah SWT mengampunk­an segala dosa arwah. Beliau pergi pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, Mahadzir ikon besar dalam dunia penyiaran terutama di TV3.

“Beliau epitom (contoh unggul) pengacara berketramp­ilan dan disegani ramai.

“Mewakili pengurusan Rangkaian Televisyen Media Prima, kami dengan rasa pilu mengucapka­n takziah kepada keluarga beliau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia