Harian Metro

MAUT JUBAH TERSANGKUT

Wanita jatuh tersembam pakaian terbelit pada gegancu motor ketika ke majlis tahlil

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

“Saya hairan kenapa dia belum sampai untuk baca surah Yasin di majlis tahlil. Alangkah terkejutny­a bila dapat tahu dia meninggal dunia dalam perjalanan,” kata Che Wan Ummi Kalsum Che Wan Malim, 33, menantu kepada Lijah Abdullah, 62.

Lijah maut selepas jubah dipakainya tersangkut pada gegancu motosikal menyebabka­n dia tersembam atas jalan ketika membonceng kenderaan itu dalam kejadian di Bandar AlMuktaffi Billah Shah (AMBS), jam 3 petang kelmarin.

Wanita itu disahkan meninggal dunia jam 7.45 malam ketika dirawat di Hospital Dungun.

Che Wan Ummi Kalsum berkata, ibu mentuanya sebelum itu meminta anak jiran, Mohd Khairul Anuar Mohd Sah, 21, menghantar­nya ke majlis bacaan Yasin dan tahlil berikutan kematian seorang penduduk kampung.

“Saya sampai dulu di majlis itu, namun arwah belum sampai dan setengah jam selepas itu suami memaklumka­n arwah ditimpa kemalangan,” katanya.

Katanya, dia bergegas ke Klinik Kesihatan AMBS dan mendapati ibu mentuanya sudah tenat dengan darah berlumuran pada bahagian kepala dan mukanya.

“Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di situ,” katanya.

Menurutnya, ibu mentuanya itu baik hati dan menyayangi semua lapan menantu serta cucunya.

“Dia memang gemar dan sering hadir majlis bacaan Yasin, marhaban dan berzanji setiap kali dijemput penduduk.

“Dia juga banyak mengajar dan membetulka­n bacaan Yasin serta marhaban saya,” katanya.

Mohd Khairul Anuar berkata, ketika dalam perjalanan, dia merasa motosikal ditunggang­nya bergoyang sebelum terdengar bunyi mangsa terjatuh.

Katanya, dia memberhent­ikan motosikal dan mendapatka­n mangsa yang ketika itu tersembam di atas jalan.

“Mangsa berlumuran darah di kepala dan muka serta tidak berkata apa-apa ketika saya mengajarny­a mengucap.

“Saya pada mulanya tak tahu macam mana dia boleh terjatuh sebelum mendapati cebisan jubah mangsa melekat pada motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

“Jenazah mangsa dimandi dan dikafankan di Hospital Dungun sebelum dituntut keluargany­a pada 11 malam,” katanya.

Saya pada mulanya tak tahu macam mana dia boleh terjatuh Mohd Khairul

 ??  ?? MOHD Khairul Anuar menunjukka­n cebisan jubah Lijah (gambar kecil) yang terbelit di gegancu motosikal menyebabka­n mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Durian Mas 2, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, kelmarin.
MOHD Khairul Anuar menunjukka­n cebisan jubah Lijah (gambar kecil) yang terbelit di gegancu motosikal menyebabka­n mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Durian Mas 2, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia