Harian Metro

Setiap hari rindu anak, isteri AMARAH MERAH

- Adnan Ibrahim cnews@nstp.com.my

“Setiap hari saya merindui anak dan isteri, perkara pertama saya mahu lakukan memeluk mereka semua,” kata Kamaruzama­n Awi, 47.

Kamaruzama­n, seorang daripada enam tekong yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan mereka tahun lalu.

Tekong berasal dari Dungun, Terengganu itu dibebaskan kelmarin dari Penjara Lanal Terempa, Riau, selepas ditahan sejak April 2017.

Kamaruzama­n berkata, tiada perkara lain membimbang­kannya ketika ini kecuali nasib keluarga terutama dua anak yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

“Ini tidak bermakna saya tidak bimbangkan masalah lain terutama masa depan anak dan isteri, cuma mereka perlu mengambil peperiksaa­n besar sedangkan keluarga kami berdepan masalah sejak tahun lalu,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di sini, semalam.

Tidak berpuas hati dengan tindakan penutupan restoran milik warga asing di sekitar bandar ini dipercayai menjadi punca pagar rumah pegawai penguat kuasa Majlis Perbandara­n Kluang (MPK) disimbah cat merah, kelmarin.

Kejadian itu disedari jam 5.45 pagi ketika mangsa keluar rumah untuk solat Subuh.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, ketika itu mangsa mendapati kedua-dua tiang pagar rumahnya penuh dengan cat merah.

Katanya, sebagai langkah keselamata­n mangsa yang berusia 43 tahun membuat laporan polis jam 8 pagi hari sama.

“Siasatan mendapati mangsa ketua penguat kuasa MPK yang mengetuai beberapa operasi penguatkua­saan terhadap premis warga asing dan perjudian dalam talian sekitar bandar ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK),” katanya, semalam.

Pagar rumah pegawai penguat kuasa MPK disimbah selepas restoran warga asing ditutup

 ??  ?? PAGAR rumah pegawai penguat kuasa MPK disimbah cat merah, kelmarin.
PAGAR rumah pegawai penguat kuasa MPK disimbah cat merah, kelmarin.
 ??  ?? SALAHUDDIN (kiri) bersama Kamaruzama­n yang selamat tiba di Malaysia selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia.
SALAHUDDIN (kiri) bersama Kamaruzama­n yang selamat tiba di Malaysia selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia