Harian Metro

SEMADI SEBELAH PUSARA IBU

- Syafil Syazwan Jefri cnews@nstp.com.my

Permintaan pengacara popular Allahyarha­m Datuk Mahadzir Lokman untuk disemadika­n di sebelah pusara ibunya menjadi kenyataan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, jam 10.10 pagi semalam.

Adik bongsunya, Ida Neliaty Lokman, 57, berkata, Mahadzir sangat rapat dengan arwah ibu mereka, Datin Nina Khadijah Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 2013.

“Arwah sangat rapat dengan ibu. Dia yang menjaganya sehinggala­h ibu meninggal dunia. Kalau boleh, semua tempat atau acara yang dia pergi, dia akan bawa ibu bersama,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumia­n Mahadzir, semalam.

Ida juga berkongsi rasa duka atas pemergian abangnya dan akan sentiasa mengingati saat bersama arwah.

“Dia adalah abang dan pendengar yang sangat baik. Dia juga sering menasihati saya dalam banyak perkara. Semalam (kelmarin) selepas tiba di rumah dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), saya lalu di biliknya dan ternampak jaket kesayangan yang dia selalu pakai.

“Pada ketika itu, tiba-tiba ada perasaan sayu muncul. Banyak saat indah bersamanya yang tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Menurut Ida, abangnya juga sentiasa menjadi penyokong utama kerjaya dan kehidupann­ya.

“Saya terbabit dalam bidang fesyen. Jadi, dia antara penyokong utama saya dan kumpulan kawan-kawan kami pun dalam kalangan orang yang sama.

“Selain itu, kami juga sering bekerjasam­a dalam beberapa acara berkaitan fesyen dan sebagainya,” katanya.

Kali terakhir Ida bertemu dengan Mahadzir beberapa hari lalu sebelum dia ke Sabah.

“Saya bertemu sebelum dia berangkat ke Sabah pada 31 Julai lalu. Dia tenang dan sempat berpesan kepada saya supaya menjaga diri dan fokus dalam apa jua yang saya lakukan.

“Pada masa sama, dia juga sedih kerana cucu angkat kesayangan­nya berangkat pulang ke Indonesia selepas Aidilfitri lalu,” katanya.

Ida menerima berita kematian Mahadzir di Kota Kinabalu dipercayai akibat masalah jantung pada jam 10 pagi kelmarin selepas dimaklumka­n seorang rakannya.

Jenazah Mahadzir, 61, yang juga bekas pembaca berita TV3 tiba ke kediamanny­a di Petaling Jaya jam 2 pagi semalam dan disolatkan di Masjid Kolej Islam Malaya pagi semalam.

Antara artis yang hadir ke majlis pengebumia­nnya adalah Amy Search, Datuk DJ Dave, Farouk Hussein dan Sheera Iskandar.

„ Permintaan Mahadzir Lokman jadi kenyataan

 ??  ?? DARI kiri adik arwah, Mohd Danial, kakak kepada arwah, Prof Fakhariah dan adik, Ida Neliaty. IMAM Masjid Kolej Universiti Islam
Malaysia, Muhammad Shafee Salihin Hasan membacakan talkin di pengebumia­n bekas pengacara TV3,
Mahadzir Lokman di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
DARI kiri adik arwah, Mohd Danial, kakak kepada arwah, Prof Fakhariah dan adik, Ida Neliaty. IMAM Masjid Kolej Universiti Islam Malaysia, Muhammad Shafee Salihin Hasan membacakan talkin di pengebumia­n bekas pengacara TV3, Mahadzir Lokman di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia