Harian Metro

Arwah abang dan guru

-

Kuala Lumpur: Bekas pembaca berita TV3, Ras

Adiba Radzi, 49, menyifatka­n Allahyarha­m Datuk Mahadzir Lokman sebagai abang dan gurunya.

Ras Adiba berkata, dia mula mengenali Mahadzir ketika berusia 18 tahun.

“Dia umpama abang dan guru saya. Macam-macam saya belajar daripadany­a. Pada tarikh ulang tahun kelahiran saya pada 27 Julai lalu, dia sempat berpesan kepada saya.

“Katanya, walau apapun yang berlaku, teruskan kehidupan dengan baik. Dia meminta saya menjadi lebih kuat dan semoga Allah memberkati hidup saya,” katanya.

Ras Adiba juga berkongsi pengalaman lucu ketika sama-sama menjadi pembaca berita dengan Mahadzir satu ketika dahulu.

“Pada satu ketika, kami terpaksa tamatkan tayangan berita 10 minit lebih awal kerana tak mampu menahan ketawa.

“Selepas itu, dia mendapat notis amaran daripada pihak atasan TV3. Katanya, tak mengapa. Dia orang lama dan saya orang baru,” katanya.

Sementara itu, penyanyi rock popular Amy Search, 60, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Mahadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya dapat tahu mengenai pemergiann­ya pagi semalam (kelmarin) dan memang terkejut kerana saya baru saja bertemu dengannya.

“Kali terakhir kami bersua muka di majlis rumah terbuka Aidilfitri seorang kenalan dan dia nampak sihat,” katanya.

Menurut penyanyi Search itu, perkenalan­nya dengan Mahadzir sudah lama iaitu sejak arwah berkhidmat dengan TV3 lagi.

“Saya pun tak ingat bila, tapi memang sudah lama. Ketika dia dirawat di hospital tahun lalu, saya sempat menziarahi­nya dan selepas itu kami ada bertemu di Jakarta, Indonesia,” katanya.

Ditanya mengenai keperibadi­an Mahadzir dan pengalaman sepanjang mengenalin­ya, Amy berkata, Mahadzir adalah rakan yang suka berjenaka.

“Dia seorang yang kelakar dan suka menyakat saya. Di awal perkenalan, dia beritahu saya dia sukakan peribadi saya.

“Walaupun sudah bertahun mengenalin­ya, dia masih orang yang sama dan tak berubah langsung. Kali terakhir bertemu, dia nak bergambar dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? RAS Adiba
RAS Adiba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia