Harian Metro

‘BIAR SAYA PIKUL HUTANG INI’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

aafkan ibu nak, biarlah ibu tanggung hutang asal kamu tidak susah,” itu luahan seorang wanita yang juga ibu tunggal dikenali sebagai Salmah, 45, sebaik rahsianya berhadapan pelbagai masalah kewangan sejak awal tahun ini akhirnya diketahui dua anaknya.

Lebih memilukan dua anak mangsa berusia 23 dan 14 tahun yang pada awalnya memarahi ibu tunggal berkenaan terkedu apabila mendengar penjelasan Salmah yang mengambil keputusan itu demi memastikan anaknya tidak berasa bimbang mengenai masalah kewangan mereka sekeluarga atau terpaksa menanggung kesusahan.

Menceritak­an detik malang itu, Salmah yang berasal dari Pasir Gudang, Johor terperangk­ap dengan masalah kewangan selepas menyerahka­n kad bank kepada seorang lelaki awal tahun lalu yang menyamar sebagai ejen bank.

Dia menyerahka­n kad selepas lelaki yang dikenali menerusi laman sosial berjanji membantuny­a membuat pinjaman peribadi bagi menyelesai­kan semua tunggakan hutang.

“Sudahlah wang tidak dapat, akaun bank saya digunakan pihak tidak dikenali untuk melakukan pelbagai transaksi hingga disenarai hitam oleh institusi kewangan,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), kelmarin.

Masalah wanita berkenaan semakin parah selepas kematian suami empat bulan lalu apabila segala bebanan hutang termasuk bayaran bulanan rumah ditanggung­nya seorang diri.

“Situasi berkenaan menyebabka­n saya terpaksa meminjam dengan syarikat pinjaman berlesen dan along bagi mengelak rumah dilelong.

“Namun tindakan itu sebenarnya memakan diri apabila kini saya pula berhadapan masalah dengan mereka kerana gagal membayar pinjaman bulanan RM4,300 sebulan kepada dua syarikat pinjaman berlesen dan enam along,” katanya.

Lebih memeritkan lagi rumah yang dibeli beberapa tahun lalu akan dilelong bank kerana mempunyai tunggakan sekali gus menyebabka­n mereka hilang tempat untuk berteduh.

Sementara itu, Presiden 4PM Rosland Mohd Arif berkata, pihaknya akan berbincang dengan bank bagi memberi kelonggara­n supaya tidak melelongka­n rumah milik Salmah selain meminta penjelasan mereka kerana mengambil tindakan menyenarai hitam nama wanita terbabit untuk sebarang urusan perbankan.

Wanita tanggung hutang selepas serah kad bank kepada ejen

 ??  ?? SALMAH (tengah) bersama dua anaknya menunjukka­n dokumen berkaitan pinjaman rumah yang tertunggak dan akan disita.
SALMAH (tengah) bersama dua anaknya menunjukka­n dokumen berkaitan pinjaman rumah yang tertunggak dan akan disita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia