Harian Metro

PINTU RAHSIA PENDOSA

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

Melaka

Bangunan lama disangka hotel terbiar namun apabila diperiksa, bukan saja dilengkapi pub mini, malah ada 10 bilik dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Kewujudan premis pelacuran di sebalik bangunan usang itu dikesan dalam operasi bersepadu awal pagi semalam.

Tapak premis di Lorong Tun Mamat di Jalan Tun Ali di sini, terkenal sebagai hentian bas lama dan terbiar sejak 15 tahun lalu.

Difahamkan, sebelum ini penguat kuasa beberapa kali cuba masuk ke bangunan itu namun tidak berjaya kerana pintu jeriji besi dikunci selain turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Bagi mengelakka­n kegiatan pelacuran dihidu pihak berkuasa, bangunan terbabit hanya diguna pakai dan disambung elektrik dari tingkat enam ke 10.

Ketika serbuan, mereka yang menjalanka­n kegiatan di bangunan terbabit menghidu kehadiran pihak berkuasa lalu penjaga premis bertindak menghentik­an operasi lif menyebabka­n pasukan serbuan terpaksa menggunaka­n tangga.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Low Chee Leong mengetuai operasi bersepadu itu membabitka­n Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selama lima jam yang berakhir jam 4 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaa­n di dalam premis pada mulanya hanya menemui enam wanita warga asing dipercayai pelacur dan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Iran iaitu pelanggan.

“Curiga dengan hanya enam wanita ditemui dalam premis itu, pemeriksaa­n rapi dilakukan selepas penguat kuasa menemui beberapa bilik yang dijadikan tempat tinggal wanita dan dipercayai menempatka­n kira-kira 30 penghuni.

“Pemeriksaa­n lanjut membawa kepada penemuan lorong tikus sebelum menemui 14 lagi individu, lima daripada mereka ditemui menyorok di dalam almari serta beberapa lagi di bawah sinki serta tangga,” katanya.

Beliau yang juga ADUN

Kota Laksamana berkata, hasilnya 24 wanita masing-masing 15 warga Thailand dan sembilan warga Vietnam ditahan.

“Turut ditahan bersama enam lelaki iaitu seorang penjaga premis dan warga tempatan, selain tiga pelanggan termasuk seorang warga Iran.

“Mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 38 dibawa ke pejabat MBMB sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bangunan hotel terbiar diubah suai jadi pub mini serta dibina 10 bilik pelacuran

 ??  ?? SEORANG wanita dipercayai pelacur keluar dari almari yang dijadikan tempat persembuny­ian.
SEORANG wanita dipercayai pelacur keluar dari almari yang dijadikan tempat persembuny­ian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia