Harian Metro

PARTI KETAMIN HIDUNG

- Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my

10 lelaki leka berpesta dadah ditahan dalam serbuan di bilik karaoke

Nilai

Seramai 10 lelaki termasuk tujuh daripada mereka sedang leka menyediaka­n dadah dipercayai jenis ketamin untuk disedut menggunaka­n hidung ditahan di sebuah pusat karaoke di sini, dalam operasi berakhir awal pagi semalam.

Menurut sumber, kumpulan tujuh lelaki terbabit sudah menaburkan serbuk dadah di meja sebelum bilik karaoke mereka diserbu penguat kuasa Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

“Mereka yang terkejut dengan kehadiran penguat kuasa tidak sempat melarikan diri. Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah,” katanya di sini, semalam.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut di pusat karaoke itu mendapati tiga lagi turut positif dadah dan kes diserahkan kepada AADK.

Sementara itu, Pegawai Undang-Undang dan Penguatkua­sa MPN Muhammad Shah Izat berkata, pihaknya mengetuai Op Pusat Hiburan itu bersama AADK dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar bandar berkenaan dari jam 8 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam.

“Secara keseluruha­n, kita melakukan pemeriksaa­n di tiga pusat karaoke dan snuker serta empat rumah urut.

“Seramai 10 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan kerana positif dadah dan dua lelaki Muslim masing-masing berusia 30 dan 35 tahun ditahan oleh JHEAINS kerana minum arak.

“Selain itu, MPN mengeluark­an satu kompaun terhadap sebuah rumah urut kerana pekerjanya tidak memakai seragam ketika bekerja, sekali gus melanggar syarat lesen mengikut Undang-Undang Kecil Rumah Urut,” katanya.

Katanya, MPN akan menjalanka­n operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan semua premis diberi lesen mematuhi peraturan ditetapkan, sekali gus mengelakka­n aktiviti haram menyalahi undang-undang.

 ??  ?? DUA wanita keluar dari bilik rahsia.
GELAGAT pelacur cuba menyorok di bawah sinki. KETUA Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM Datuk Rahimin Bani dan pasukannya terpaksa menggunaka­n tangga yang sudah dihalang untuk masuk ke dalam premis.
PELACUR warga asing menutup wajah daripada dirakam jurugambar.
DUA wanita keluar dari bilik rahsia. GELAGAT pelacur cuba menyorok di bawah sinki. KETUA Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM Datuk Rahimin Bani dan pasukannya terpaksa menggunaka­n tangga yang sudah dihalang untuk masuk ke dalam premis. PELACUR warga asing menutup wajah daripada dirakam jurugambar.
 ??  ?? SERBUK putih dipercayai ketamin sudah ditabur pelanggan pusat karaoke untuk disedut melalui hidung.
SERBUK putih dipercayai ketamin sudah ditabur pelanggan pusat karaoke untuk disedut melalui hidung.
 ??  ?? KUMPULAN lelaki ditahan pihak berkuasa.
KUMPULAN lelaki ditahan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia