Harian Metro

Peratusan keluar mengundi terendah

- Mohd Iskandar Ibrahim dan Tharanya Arumugam cnews@nstp.com.my

PKR mengekalka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil semalam dengan majoriti 5,842 undi.

Jumlah majoriti itu adalah rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Pada PRK ini, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, memperoleh 15,427 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi.

Calon Bebas, K Murthy pula memperoleh 97 undi. Murthy juga hilang wang pertaruhan.

Sebanyak 51,217 pengundi berdaftar di DUN Sungai Kandis.

Sejumlah 49.4 peratus daripada 51,230 pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK ini yang diadakan berikutan kematian penyandang daripada PKR, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat barah limfoma.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzam­an Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Proses mengundi di 19 pusat

Shah Alam: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) tidak berpuas hati dengan kadar peratusan keluar mengundi yang disifatkan antara yang terendah iaitu 49.8 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, bagaimanap­un proses pengundian berjalan lancar.

“Proses berjalan lancar namun saya tidak berpuas hati dengan jumlah peratusan keluar mengundi 49.8 peratus, antara terendah,” katanya di pusat penjumlaha­n undi PRK DUN Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjong MBSA, Seksyen 19 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PRK DUN Penanti pada 2009 mencatatka­n peratusan keluar mengundi terendah iaitu 46 peratus manakala PRK DUN Cempaka pada 2015 pula 55 peratus.

“Banyak faktor menyebabka­n jumlah peratusan ini menurun berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRK-14).

“Saya tidak berpuas hati kerana SPR sudah melakukan pelbagai usaha supaya pengundi keluar mengundi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia