Harian Metro

Lombok Timur terputus bekalan air IGAUAN 6.4 RICHTER

-

Ribuan mangsa gempa bumi di Dusun Ketapang Desa Madain Kecamatan Sembalun Kabupaten Lombok Timur di sini, serta sekitarnya berdepan masalah gangguan bekalan air sejak seminggu lalu.

Difahamkan sebelum ini majoriti penduduk di penempatan itu mengharapk­an air yang disalurkan dari kawasan pergununga­n berhampira­n.

Namun, bekalan air terputus selepas gempa bumi melanda kepulauan ini pada 28 Julai lalu.

Berikutan itu penduduk terpaksa mengharapk­an bekalan air yang diangkut menggunaka­n lori tangki sukarelawa­n atau pihak berkuasa.

Penduduk Suriani Wahab, 55, berkata, keadaan itu menyebabka­n aktiviti harian penduduk seperti memasak dan mencuci pakaian terjejas.

Biarpun selepas seminggu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter kepulauan ini berlalu, masih ramai penduduk trauma dan tidak berani bermalam di kediaman mereka.

Penduduk yang ditemui berkata, mereka khuatir faktor keselamata­n berikutan gempa susulan kerap berlaku termasuk dengan kekuatan 4.2 skala Richter kelmarin.

Suri rumah Aton Ibhodi, 24, dari Desa Sembalung Lawang, Lombok Timur, berkata, penduduk menganggap gempa yang berlaku paling kuat pernah dirasai mereka setakat ini.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, anak perempuann­ya Husnitati Atin, 6, masih trauma apabila rumah mereka tiba-tiba bergoyang akibat gempa dalam kejadian jam 5.47 pagi 28 Julai lalu.

“Ketika kejadian, saya sedang menyapu sampah di halaman rumah manakala anak sedang tidur di dalam bilik. Tiba-tiba seluruh isi rumah bergegar tanpa sebarang petanda akan berlaku bencana.

“Mujur anak yang terjaga terus berlari keluar mencari saya. Memang saya berasa amat bersyukur ketika itu sebab sekeluarga terselamat.

“Memang benar gempa tidak merobohkan rumah kami tetapi anak mungkin cedera terkena runtuhan atau barang terjatuh akibat gempa sekiranya lambat mengambil tindakan keluar dari rumah,” katanya.

Terdahulu Aton ditemui di pusat penempatan sementara (Posko) Desa Sembalun Lawang yang menjadi tempat perlindung­an penduduk kampung sejak seminggu lalu.

Lokasi itu persinggah­an sukarelawa­n

yang mengagihka­n bantuan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas lain.

„ Penduduk Lombok masih trauma biarpun kejadian gempa bumi berlalu seminggu lalu

Sumbangan masih boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia di Maybank, 5644904138­82. Maklumkan sumbangan anda kepada Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan di talian 017-3333881

Selain itu, beberapa doktor yang turut serta dalam misi kali ini turut memberikan rawatan kepada mangsa gempa yang mengalami masalah kesihatan tidak serius seperti demam, luka kecil dan batuk.

Posko berkenaan menempatka­n ratusan wanita, kanak-kanak dan warga emas yang risau untuk pulang ke rumah masing-masing berikutan gempa susulan masih berlaku.

Berkongsi pengalaman sama, Roya Empawati, 35, berkata, gempa hari pertama berlarutan hampir empat minit namun tidak menyebabka­n kediamanny­a mengalami kerosakan serius.

“Rumah sekadar retak tetapi kami memang takut nak pulang. Kami cuma pulang ke rumah untuk memeriksa kerosakan dan ambil barangan penting sahaja sebelum kembali ke Posko.

“Setiap kali gempa susulan berlaku, kami berdoa serta berzikir dan bertakbir supaya sekiranya gegaran berlaku lagi ia tidak sekuat seperti sebelum ini.

“Sekarang semua rutin harian dilakukan di luar rumah termasuk mandi, memasak, makan dan tidur. Kami tidak mahu ambil risiko sehinggala­h gempa benar-benar sudah reda,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Nani Miwarni, 40, mendakwa sudah berlaku kira-kira 420 gegaran susulan sederhana dan lemah sejak hari pertama bencana itu melanda.

 ??  ?? PENDUDUK yang bimbang gegaran susulan berlindung di khemah selepas gempa bumi melanda Pulau Lombok, Indonesia.
SUKARELAWA­N menyantuni mangsa
gempa bumi.
PENDUDUK yang bimbang gegaran susulan berlindung di khemah selepas gempa bumi melanda Pulau Lombok, Indonesia. SUKARELAWA­N menyantuni mangsa gempa bumi.
 ??  ?? KEADAAN perkampung­an di Lombok selepas dilanda gempa bumi seminggu lalu.
KEADAAN perkampung­an di Lombok selepas dilanda gempa bumi seminggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia