Harian Metro

‘Pulang’ kian hangat

-

menyaksika­n Pulang yang ditayangka­n sejak 26 Julai lalu.

“Majoriti memberitah­u saya filem ini sangat memberi impak kerana mengandung­i nilai kekeluarga­an yang sangat kuat.

“Mereka juga memuji jalan cerita yang lain daripada lain terutama latar masa yang pelbagai,” katanya.

Izham yang ditemui di Majlis Sepetang Bersama Ahmad Izham Omar di Balai Berita NSTP Bangsar itu turut memuji kemampuan bitang utama Pulang, Remy Ishak yang memegang peranan sebagai Othman.

“Bagi saya kehebatan Remu tidak hanya terhad kepada dirinya teapi juga diserap orang sekeliling­nya. Sikap profesiona­l yang dipegang Remy mempengaru­hi pelakon lain.

“Ia sekali gus membuatkan bintang baru turut memberikan lakonan berkualiti.

“Ada penonton bertanya kenapa karakter Othman tidak banyak bercakap. Sebenarnya, dari ekspresi wajah Othman pun kita sudah tahu apa yang ingin disampaika­nnya,” kata Izham.

Selain itu, Izham turut memuji keberkesan­an lakonan Puteri Aishah sebagai Thom.

“Walaupun ini filem pertama lakonannya, Puteri Aishah mempamerka­n lakonan cemerlang sebagai Thom,” katanya.

Turut serta dalam program itu adalah bapanya, Omar Othman, saksi hidup kisah besar yang diangkat ke layar lebar itu.

Menurut Omar, babak paling menyentuh hatinya adalah ketika karakter Omar lakonan Azrel Ismail bertemu dengan Othman di Liverpool.

“Ketika menonton babak ini, terimbau kenangan ketika saya bertemu arwah bapa buat kali pertama selepas 20 tahun terpisah.

“Pertemuan itu sangat beremosi dan saya akan ingat sampai bila-bila,” katanya.

Selain Remy, Puteri Aishah dan Azrel, Pulang turut dibintangi Erwin Dawson, Alvin Wong, Juliana Evans, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Selain filem, Pulang juga diadaptasi dalam bentuk novel hasil karya novelis terkenal, Lily Haslina Nasir.

 ??  ??
 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia