Harian Metro

Dah sedia jadi isteri

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Tanggal 27 Julai lalu genap 26 tahun usia pelakon kecil molek Ruhainies.

Menyedari usia kian meningkat, tahun ini Ruhainies berharap dipercepat­kan jodoh dan dipertemuk­an dengan lelaki tepat.

Meskipun ibu bapanya tidak pernah mendesak dalam soal itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas perlu bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

Apa yang pasti, Ruhainies yang mula dikenali menerusi drama Hello, Mr Perfect! mencari jejaka yang mampu menjaga dan memberikan sepenuh kasih sayang seperti mana dilakukan ibu bapanya.

“Tahun ini saya sudah 26 tahun. Saya berharap

Ruhainies

harap dipercepat­kan jodoh dengan lelaki yang

tepat

dipertemuk­an dengan lelaki yang tepat.

“Kalau bukan dalam masa terdekat mungkin tahun depan. Malah, itu juga antara impian saya, sekali gus menjadi hadiah bermakna buat diri sendiri dan ibu bapa.

“Memandangk­an ibu bapa mengetahui saya berkawan dengan ramai orang, jadi mereka tidak risau malah jauh sekali mendesak. Cuma mereka tetap berharap saya buat pilihan terbaik.

“Kalau ikutkan mereka belum mahu melepaskan saya. Sebab nanti perhatian saya terbahagi dua.

“Namun, Mama ada cakap, kalau suatu hari nanti berjumpa lelaki tepat dan yakin boleh menjaga, bela dan sayang saya sampai bila-bila, dia okey kalau saya nak kahwin,” katanya.

Kenyataan Ruhainies itu mengesahka­n status dia masih solo dan terbuka untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

Ruhainies, adik kepada pelakon Nur Risteena berkata, usia sekarang waktu terbaik dia membuka hati dan mengenali lebih rapat lelaki sebelum mengambil keputusan untuk ke fasa lebih serius.

“Buat masa sekarang saya masih solo. Kalau boleh mahu fokus kepada kerjaya dan berharap dapat jumpa jejaka yang baik dan dapat membuktika­n kepada mama.

“Walaupun perjalanan ke arah itu masih panjang dan belum terlintas untuk berkahwin, saya berasakan usia sekarang paling sesuai untuk mencari pasangan hidup.

“Disebabkan itu, saya mula buka hati. Mungkin lelaki itu dalam kalangan yang sudah saya kenal atau sebaliknya.

“Saya jenis kalau sudah menyayangi seseorang, saya akan sayang sepenuh hati dan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia