Harian Metro

Gemar terokai hutan

-

kepala hanya kehijauan hutannya.

Berbekalka­n buku panduan pelancong, banyak perkara menarik dikongsika­n seperti variasi makanan dan keindahan rumah peranginan di sini.

Ketika itu, Malaysia bukan seperti hari ini. Dulu, tiada Menara Berkembar Kuala Lumpur mahupun perkhidmat­an monorel.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Sekitar 1996, Internet sangat terhad, jadi ia menyukarka­n proses memulakan operasi syarikat asing di Malaysia.

Di sebalik kerumitan itu, kelebihann­ya adalah kebanyakan masyarakat di sini fasih bertutur dan memahami bahasa Inggeris, justeru mudah untuk saya berurusan.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Sepanjang saya berulang-alik dari Jepun ke Malaysia, pada 1998, saya bertemu dengan isteri yang juga sedang melancong ke negara ini dan kami membuat keputusan untuk berkahwin. Ini satu daripada pengalaman menarik buat kami berdua.

Selain itu, saya dan isteri juga berpeluang untuk melancong ke semua negeri di Malaysia. Saya turut menghabisk­an masa dengan aktiviti rekreasi kegemaran, memancing di tasik mahupun laut.

Saya pernah memancing di tasik Hutan Belum, Perak, Tasik Kenyir, Terengganu dan Rompin, Pahang beberapa kali.

Saya juga gemar menerokai hutan dan berkomunik­asi dengan masyarakat Orang Asli yang tidak lokek berkongsi ilmu kemahiran di hutan. 5. Lokasi pilihan anda?

Kuching, Sarawak. Hampir setiap tahun saya ke sana bagi menyertai seminar berkaitan judo kerana saya adalah tenaga pengajar sukan berkenaan. Selain gembira bertemu masyarakat pribumi, saya juga menyukai seni bina rumah panjang.

6. Makanan kegemaran anda?

Nasi lemak dan roti telur. 7. Malaysia di mata anda?

Saya harap hubungan baik antara Malaysia dan Jepun berkekalan serta saling mempelajar­i antara satu sama lain.

Sebagai penggemar sukan judo, saya harap sukan ini dapat dikembangk­an dengan lebih luas dalam kalangan rakyat Malaysia hingga mencapai peringkat tertinggi, mungkin sukan Olimpik.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Takahashi Masanori
LAHIR: 30 Jun 1968 ASAL: Osaka, Jepun KERJAYA: Eksekutif Pemasaran
STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
PROFIL NAMA: Takahashi Masanori LAHIR: 30 Jun 1968 ASAL: Osaka, Jepun KERJAYA: Eksekutif Pemasaran STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
 ??  ?? INGIN kembangkan sukan judo di Malaysia.
INGIN kembangkan sukan judo di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia