Harian Metro

TARUHAN TERBARU YAMAHA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

YZF-R15 teknologi perlumbaan pada harga mampu milik

Bercirikan masa depan dengan spesifikas­i enjin termaju, pengedar dan pemasang motosikal jenama Yamaha tempatan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarka­n Yamaha YZF-R15 yang bercirikan motosikal berkuasa tinggi YZF.

Model terbaru ini hadir dengan spesifikas­i tinggi yang biasanya hanya diperoleh daripada jentera berkapasit­i enjin lebih tinggi. Antara yang mencuri tumpuan adalah penggunaan suspensi fork terbalik (USD) bagi memastikan kestabilan jentera ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Yamaha YZF-R15 dikuasakan enjin satu silinder 155cc sejukan cecair dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) menjanjika­n 19.3 kuasa kuda (hp) dan daya kilas maksimum 15 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan serta klac Slipper & Assist sebagai ciri standard.

Dilengkapi brek cakera hadapan 28.2 milimeter (mm) dan 22.0 mm di roda belakang, membayangk­an jarak berhenti yang singkat.

Dengan panel instrumen LCD memaparkan rpm, kelajuan, odometer, penggunaan bahan api, kedudukan gear, tahap minyak dan lampu amaran memudahkan penunggang mengenal pasti status motosikal sepanjang masa.

Selain penggunaan kerangka Deltabox yang lebih kukuh, R15 didatangka­n bersama tangki bahan api berkapasit­i 11 liter selain berat keseluruha­n 137 kilogram (kg).

Model ini kelihatan premium apabila lampu hadapan dan belakang dipadankan bersama unit LED.

Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, model terbaru bersesaran 155cc ditambah baik untuk pengendali­an lebih cekap dan tangkas.

“Model terbaru ini juga ditambah baik dengan kerangka lebih aerodinami­k.

“Selain itu, teknologi VVA memberikan kelainan kepada penunggang­nya,” katanya ketika majlis pelancaran, baru-baru ini.

Menurut Jim, model berkenaan disasarkan kepada golongan muda berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“HLYM menyasarka­n pengeluara­n 500 unit sebulan sebaik berada di pasaran, hujung bulan ini,” katanya.

Dijual pada harga RM11,988 (tanpa insurans), tiga warna ditawarkan iaitu biru, hitam dan kuning.

 ??  ?? YAMAHA YZF-R15 pasti digilai peminat motosikal tempatan
YAMAHA YZF-R15 pasti digilai peminat motosikal tempatan
 ??  ?? MODEL beraksi bersama Yamaha YZF-R15 selepas dilancarka­n pada Karnival Gen Blu Yamaha di Pulau Pinang.
MODEL beraksi bersama Yamaha YZF-R15 selepas dilancarka­n pada Karnival Gen Blu Yamaha di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia