Harian Metro

Outlander bawa polis ronda lebuh raya

-

Menerima pengiktira­fan selaku SUV (Kenderaan Utiliti Sukan) Keluarga terpilih dalam Anugerah Kereta Malaysia 2018, Mitsubishi Outlander kini menjadi pilihan untuk digunakan sebagai kenderaan penguatkua­saan.

Bagi memperkasa­kan undang-undang lalu lintas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menggunaka­n Mitsubishi Outlander 2.4L bagi tujuaan penugasan anggotanya.

Sebanyak 15 kenderaan model itu diserahkan kepada PDRM yang berfungsi sebagai Kenderaan Rondaan Bergerak Lebuh Raya (EMPV) yang juga dikenali sebagai ‘Skuad Helang Lebuh Raya’.

Kenderaan itu disumbangk­an Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Persada PLUS, Subang Jaya, Selangor.

Mohamad Fuzi berkata, selaras dengan kemajuan dan keperluan, kenderaan SUV ini dijangka menambah keberkesan­an dalam pelaksanaa­n undangunda­ng trafik terutama ketika musim perayaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Tomoyuki Shinnishi berkata, Outlander bukan sahaja SUV yang bergaya, malah hadir dengan ciri keselamata­n terbaik.

“Ia kenderaan sesuai untuk penguatkua­saan peraturan jalan raya dengan kelasakan dan kestabilan boleh membantu membantera­s pesalah trafik dan pada masa sama, mengurangk­an kadar kemalangan,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur, ANIH Bhd menyumbang­kan lapan unit Mitsubishi Outlander dan SUV kompak ASX untuk tugasan rondaan dan penguatkua­saan PDRM.

 ??  ?? SHINNISHI bersama anggota
trafik PDRM.
SHINNISHI bersama anggota trafik PDRM.
 ??  ?? MOHAMAD Fuzi bersama Mitsubishi Outlander.
MOHAMAD Fuzi bersama Mitsubishi Outlander.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia