Harian Metro

HONDA BUKA PUSAT 3S BARU

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

MJN Motors labur RM6 juta tampung permintaan pasaran tengah

Bagi menampung keperluan pelanggan yang sentiasa meningkat saban hari, Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) membuka Pusat 3S terbarunya di Cheras, dengan menawarkan khidmat lepas jualan, penyelengg­araan dan alat ganti tulen.

Pembukaan itu juga menjadi pusat sehenti bagi pelanggan di sekitar Cheras, Kajang dan Seri Kembangan mendapatka­n perkhidmat­an terbaik untuk kenderaan mereka.

Berkeluasa­n 11,000 kaki persegi, Pusat 3S milik MJN Motors Sdn Bhd (MJN Motors) menawarkan kemudahan dan kelengkapa­n terkini yang mematuhi tahap piawaian Honda termasuk 12 ruang merangkumi tujuh ruang perkhidmat­an, tiga bahagian pembaikan am dan dua perkhidmat­an tayar, selain mampu menampung sehingga 30 kereta setiap hari.

Selain itu, bangunan dengan kos pelaburan mencecah RM6 juta itu menempatka­n ruang menunggu, sudut kanakkanak, kafe dan surau bagi kemudahan pelanggan.

Malah, perkhidmat­an tambahan seperti pembaharua­n cukai jalan, insurans dan lain-lain juga disediakan untuk pemilik Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepuasan pelanggan dan peranan dimainkan pengedar sangat penting.

“Honda Malaysia yakin semua usaha dapat dicapai dengan sokongan pengedar setia seperti MJN Motors yang menawarkan kemudahan terbaik kepada pelanggan yang semakin meningkat jumlahnya.

“Selaras dengan peningkata­n jualan, jumlah perkhidmat­an lepas jualan pada separuh pertama tahun ini meningkat hampir 612,000 unit atau peningkata­n 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya ketika majlis pelancaran.

Hadir sama Pengarah Eksekutif MJN Motors, Wan Hazmi Wan Mustafa.

Toichi berkata, untuk wilayah tengah, rekod menunjukka­n pihaknya menerima lebih 296,300 perkhidmat­an selepas jualan, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sementara itu, Honda Malaysia mencatatka­n rekod jualan 51,354 unit kenderaan sepanjang separuh pertama tahun ini dan berada di landasan tepat untuk meraih sasaran 109,000 unit kenderaan tahun ini.

“Honda Malaysia juga mencatatka­n bilangan tempahan tertinggi dalam sejarah pada Jun lalu dengan jumlah 20,000 unit.

“Momentum positif ini mengekalka­n kedudukan Honda sebagai jenama nombor satu bagi segmen bukan nasional dan kedua dalam Volume Industri Keseluruha­n (TIV) bagi separuh pertama tahun ini,” katanya.

Menurut Toichi, model kenderaan pemasangan tempatan (CKD) terdiri daripada City, Jazz, HR-V, BR-V, CR-V, Civic dan Accord menjadi peneraju dalam segmen masing-masing.

“Wilayah tengah menjadi penyumbang tertinggi dengan lebih 24,400 unit atau 47 peratus atau dari segi pecahan jualan mengikut negeri, Selangor menyumbang­kan 67 peratus jualan bermula Januari hingga Jun tahun ini.

“Model City pula adalah model yang paling popular,” katanya.

 ??  ?? PUSAT 3S Honda terbaru di Cheras.
PUSAT 3S Honda terbaru di Cheras.
 ??  ?? KAFE luas dan bersih.
KELENGKAPA­N sempurna untuk pelbagai
kenderaan Honda.
KAFE luas dan bersih. KELENGKAPA­N sempurna untuk pelbagai kenderaan Honda.
 ??  ?? RUANG menunggu yang selesa.
RUANG menunggu yang selesa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia