Harian Metro

PRESTASI LEGASI

-

Mula dilancar pada 1974 sebagai kereta keluarga di Jerman, Volkswagen

Golf mempunyai tarikan tersendiri dari segi rekaan, ruang, kompak dan prestasi enjin.

Maka tidak hairanlah model asal direka Georgio Giugiaro dan Herbert Schferini terjual lebih 33 juta unit di Eropah, malah DNA dan konsepnya dikekalkan hingga hari ini.

Sempena pengenalan generasi 7.5 ke pasaran tempatan, baru-baru ini, satu sesi pandu uji barisan model Golf dianjurkan pengedar utamanya di negara ini iaitu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Untuk memberi pengalaman lebih dekat, tiga daripada empat varian (kecuali Sportsline) disediakan untuk diuji media iaitu Golf R-Line,

Golf GTI dan Golf R dengan karakter dan penalaan berbeza bagi memenuhi cita rasa golongan sasarnya. Program bermula dari Kuala Lumpur menuju Johor Bahru.

Penulis memulakan pemanduan dengan model GTI melalui kesesakan jalan raya ke Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan kemudian menuju Bukit Putus di Negeri Sembilan.

Golf GTI yang didorong enjin 2.0L TSI bersama enam kelajuan DSG adalah model berprestas­i ikonik ‘hot hatch’ yang menjanjika­n kuasa kuda 230PS pada 4,700rpm dengan daya kilas 350Nm pada 1,500rpm.

Enjin teknologi TSI dengan pengecas turbo suntikan bahan api (FSI) bukan saja bertenaga pada sebarang kelajuan, malah efisien dalam penggunaan bahan api dengan emisi rendah.

Melayari selekoh tajam di Bukit Putus menyerlahk­an karakter Golf GTI yang memberikan pengendali­an mantap termasuk penukaran gear dan kuasa lancar dengan Kawalan

Casis Adaptif dan pilihan mod pemanduan Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Selepas singgah di Melaka untuk makan tengah hari, media berpeluang menguji model lain dan kali ini, penulis memandu varian R-Line yang dikuasakan enjin 1.4 TSI.

Model yang menerima penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan enjin pengecas turbo tunggal dan FSI ini dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan DSG untuk kuasa 150PS pada 5,000 hingga 6,000 rpm dan daya kilas 250Nm pada 1,500 hingga 3,500 rpm.

Enjin kompak ini menjanjika­n tenaga lebih besar daripada angka kapasiti silinder (cc) dan sentiasa responsif baik ketika pemanduan di bandar mahupun di lebuh raya.

Empat mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Individual memang sesuai untuk mereka yang mahukan kenderaan sebagai kegunaan harian atau kepuasan memandu pada hujung minggu.

Di Johor Bahru, media berpeluang memandu uji varian R yang tertinggi dalam keluarga Golf di litar sementara khusus di tapak parkir berdekatan hotel penginapan.

Sememangny­a varian ini ditala untuk prestasi dan digabungka­n bersama teknologi terkini padanan enjin 2.0L yang menghambur­kan 290PS dan daya kilas puncak 380Nm.

Versi R dengan pacuan semua roda 4MOTION memberikan cengkaman lebih mantap terutama ketika hujan, bersalji (di kawasan berkaitan), jalan raya basah dan berlumpur.

Mengenai ciri dan rekaan luarannnya pula, ketigatiga model ini dilengkapi lampu hadapan LED dan lampu nyalaan siang (DRL) serta Sistem Bantu Cahaya Dinamik dan bagi GTI, garisan merah sebagai pengenalan.

Setiap varian berbeza dari segi rekaan gril, bampar hadapan dan belakang termasuk pakej penggayaan R-Line dipadankan rim 17 inci ‘Singapore’, GTI dilengkapi pakej penggayaan luaran GTI dan rim 18 inci ‘Milton Keynes’ serta R dengan pakej penggayaan R bersama rim 19 inci ‘Pretoria Black’.

Bagi kemasan dalaman, setiap model mengekalka­n

 ??  ?? GOLF R dan GTI.
GOLF R dan GTI.
 ??  ?? R untuk prestasi maksimum. SISTEM hiburan dan maklumat.
R untuk prestasi maksimum. SISTEM hiburan dan maklumat.
 ??  ?? Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia