Harian Metro

IKAT SKRU TAYAR

-

lebih tahan berbanding komponen standard dan selalunya lebih mahal.

Cuma spesifikas­inya lebih besar dan direka bentuk untuk mendapatka­n kuasa lebih tinggi dan mengakibat­kan penggunaan bahan api.

Untuk tunggangan biasa pada jangka panjangnya lebih menjimatka­n kerana enjin lebih tahan lama dan lebih ringan untuk membawa bebanan.

Tunggangan biasa cukup sekadar menggunaka­n minyak standard disyorkan tetapi penggunaan minyak gred lebih tinggi seperti semi-sintetik atau sintetik sepenuhnya akan meningkatk­an prestasi pelinciran dan mengurangk­an tahap kehausan enjin.

Tidak rugi melabur dengan penggunaan minyak pelincir yang baik untuk mendapatka­n perlindung­an maksimum. Saya sering melihat mekanik kedai tayar mengikat skru tayar menggunaka­n alatan ‘senapang’ angin. Mengikut pendapat beberapa rakan, ia tidak bagus. Adakah benar?

SUFFIAN RAHMAN,

Banting, Selangor

Setiap skru mempunyai tahap kekuatan mengikatny­a sendiri dan jika diikat terlalu kuat mampu merosakkan bebenang skru, nat atau tapak yang diikat.

Penggunaan pengikat skru pneumatik atau (air gun) memudahkan kerja mengikat skru pada roda kereta atau kenderaan lebih besar, namun ditetapkan tahap kekuatan tertentu yang boleh didengar dan dirasai dengan gegaran.

Masalahnya, kadangkala apabila sampai kepada tahap ditetapkan, ada mekanik mengikat terus dan merosakkan bebenang skru.

Walaupun tidak rosak, ia mungkin mendatangk­an masalah apabila mengalami pancit kerana skru tayar roda diikat terlalu kuat sukar untuk dibuka secara manual.

Skru roda lazimnya hanya perlu diikat pada tahap 96 paun-kaki (lb-ft) iaitu ukuran daya kekuatan mengikat atau sebagai panduan mudah hanya diikat kuat dengan tangan, walaupun wanita.

Tidak perlu sampai kita memijak spanar tayar untuk mengetatka­nnya dan bebenang skru boleh rosak jika melebihi tahap 200 lb-ft.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia