Harian Metro

SENI KELAJUAN

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

AOS 2018 limpahan kreativiti binaan khas

Sejak dianjurkan tujuh tahun lalu, acara Art of Speed (AOS 2018) semakin matang dari tahun ke tahun dengan mengetenga­hkan bakat tempatan dalam aktiviti seni binaan khas (custom) untuk jentera dua dan empat roda.

Seperti edisi sebelumnya, AOS 2018 yang diadakan dua hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, minggu lalu, padat dengan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Lebih 45,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat direkodkan dan acara dimulakan dengan sambutan ulang tahun ke- 50 Hot Wheels termasuk memperkena­lkan rekaan ‘Car Culture 2019’ hasil kerjasama Porsche RWB.

Selain itu, portal jual beli Mudah.my dengan kerjasama bekas atlet papan selaju negara Pa’Din Musa turut memeriahka­n suasana dengan menayangka­n motosikal ‘streetcub’ yang kali pertama dipertonto­nkan kepada umum.

Sempena dengan AOS 2018, pengeluar motosikal seperti Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd mengambil kesempatan melancarka­n Ninja 250

Serba Baru dengan rekaan lebih sporty pada harga bermula RM23,071 (tanpa insurans).

Tidak terhenti di situ, pengedar utama motosikal Ducati, Next Bike Sdn Bhd juga memperkena­lkan model dua varian Scrambler 1100 yang dijual pada harga RM83,000 bagi varian Ducati Scrambler 1100 Special dan RM85,000 untuk varian Sport.

Acara utama iaitu AOS Invitation­al Bike Build Off 2018 dikuasakan Petronas disertai lapan pembina khas tempatan dan Singapura untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 dimenangi Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory dengan karya jentera BMW R75/6.

Pengasas AOS Malaysia Asep Ahmad Iskandar berkata, tahun ini adalah kelolaan terbaik sepanjang penganjura­n dengan kepelbagai­an dan kerumitan untuk senarai akhir pemilihan kenderaan yang dipertandi­ngkan.

“Kami menggunaka­n sepenuhnya lokasi seluas 46,000 meter persegi dengan mempamer pelbagai kenderaan kustom dan vintaj hasil kreativiti anak tempatan selain binaan mereka bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Sebanyak 22 kategori kereta dan 17 motosikal serta pelbagai lagi segmen dipertandi­ngkan yang memaparkan bakat mengubahsu­ai jentera mobiliti menjadi hasil seni yang unik serta berkualiti.

Selain pameran dan pelancaran, turut diadakan sesi tunggang uji motosikal jenama Indian Motorcycle dan Royal Enfield, perhimpuna­n kelab motosikal serta gerai jualan pelbagai barangan berkaitan dunia permotoran.

Untuk cabutan bertuah, pengunjung, Shamsudin Yakob memenangi pakej melawat The 27th Annual Yokohama Hot

Rod Custom Show 2018 di Jepun manakala Mohamad Nasrudin Abdullah membawa pulang sebuah motosikal C600R Streetcub yang dihasilkan oleh FNG Works.

 ??  ?? ANTARA kenderaan nadiryang dipamerkan.
ANTARA kenderaan nadiryang dipamerkan.
 ??  ?? SETIAP jentera dimodifika­si dengan kemas dan berkualiti.
SETIAP jentera dimodifika­si dengan kemas dan berkualiti.
 ??  ?? SENI binaan khas AOS 2018.
SENI binaan khas AOS 2018.
 ??  ?? PELANCARAN Kawasaki Ninja 250 Serba Baru.
PELANCARAN Kawasaki Ninja 250 Serba Baru.
 ??  ?? KREATIVITI jentera dua
roda.
KREATIVITI jentera dua roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia