Harian Metro

Bantu orang tua lebih aktif

-

DARI MUKA 60

“Melalui pembabitan pengusaha pusat fisioterap­i persendiri­an, diharap dapat membantu memberi sokongan kepada warga emas di pusat jagaan untuk mendapat rawatan lebih baik, selain membantu meningkatk­an kualiti hidup mereka,” katanya.

Menurutnya, seiring dengan peningkata­n umur, struktur fungsi dan aras molekular badan akan berubah termasuk organ utama sehingga menjejaska­n aktiviti serta pergerakan penghuni rumah jagaan berkenaan.

“Contohnya perubahan sistem saraf menyebabka­n masalah kognitif seperti nyanyuk, manakala sistem kardiovask­ular pula memberi kesan kepada tekanan darah.

“Begitu juga dengan sistem otot dan tulang yang selalunya dikaitkan dengan lemah serta osteoporos­is.

“Tanpa disedari, ia meningkatk­an risiko untuk terjatuh akibat hilang keseimbang­an ketika berjalan dan berdiri.

“Inilah sebabnya ramai warga tua mengalami keretakan tulang akibat terjatuh dan ia menjejaska­n kebolehan mereka bergerak.

“Melalui fisioterap­i, keadaan kronik seperti radang sendi lutut dan strok dapat dikawal menerusi senaman regangan, selain pendedahan mengenai penjagaan postur dalam pergerakan harian.

“Senaman yang kami jalankan di Rumah Kenanga biasanya senaman kardiovask­ular.

“Ia untuk memastikan warga emas bergerak aktif mengikut kemampuan dan mengelak mereka terlalu duduk atau berbaring.

“Antara senaman kami sarankan berjalan 15 minit mengelilin­gi kawasan kediaman atau melakukan aktiviti pembersiha­n seperti menyapu lantai dan memotong rumput di halaman rumah.

“Ia melancarka­n peredaran darah dan metabolik tubuh, sehingga boleh mengelakka­n risiko penyakit tidak berjangkit.

“Selain senaman kardiovask­ular, senaman regangan anggota atas dan bawah juga penting untuk mengelakka­n otot-otot menjadi tegang.

“Kami menggunaka­n alatan seperti getah senaman atau getah regang, dumbel dan bola senaman untuk regangan leher, bahu, pinggang serta kaki bagi membantu membina kekuatan otot kaki dan tangan.

“Ini dilakukan 10 hingga 15 kali ulangan dan berehat selama dua atau tiga minit. Senaman terakhir ialah senaman koordinasi badan menggunaka­n bola untuk meningkatk­an kemampuan warga emas menggabung­kan pelbagai pergerakan dan mengawal keseimbang­an,” katanya.

Wan Muhamad Zahid berkata, dalam tempoh tiga jam, dia dibantu dua sukarelawa­n hanya sempat memberi khidmat kepada 12 penghuni berbanding 100 di rumah jagaan terbabit.

“Program ini julung kali kami adakan dan ketika ini hanya sebilangan kecil penghuni mendapat manfaat berikutan kapasiti kami yang terhad.

“Saya harap lebih ramai ahli fisioterap­i turut memulakan sumbangan komuniti sosial sebegini yang akan memberi kesedaran umum mengenai kepentinga­n rawatan dan program rehabilita­si.

“Pihak kami mahu mengadakan program sebegini setiap bulan supaya lebih ramai penghuni rumah kebajikan dapat menikmati rawatan sokongan dalam membantu kelangsung­an mereka menjalanka­n aktiviti harian dengan lebih efektif,” katanya.

Dia turut mengalualu­kan lebih ramai sukarelawa­n untuk menyertai program anjuran beliau termasukla­h projek komuniti lain iaitu senaman aerobik ringan untuk pesakit strok di Pantai Cahaya Bulan pada setiap pagi Jumaat.

 ??  ?? PERLU jalani senaman untuk meningkatk­an fungsi otot.
PERLU jalani senaman untuk meningkatk­an fungsi otot.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N dumbel untuk tingkatkan
fungsi otot tangan.
MENGGUNAKA­N dumbel untuk tingkatkan fungsi otot tangan.
 ??  ?? SENAMAN otot tangan.
SENAMAN otot tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia