Harian Metro

Mencegah risiko kanser

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Selain asap rokok, asbestos, vitamin E atau A berlebihan

jadi penyumbang barah paru-paru, payudara, prostat

Kanser paruparu direkodkan sebagai kanser kedua tertinggi penyebab kematian selepas kanser payudara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia biasanya dikaitkan dengan tabiat merokok yang menyebabka­n pesakit terdedah secara langsung kepada karsinogen.

Banyak kajian menunjukka­n lebih 4,000 bahan kimia di dalam rokok dan 50 daripadany­a karsinogen yang merangsang atau menjadi punca sel kanser di paruparu merebak ke organ lain.

Namun begitu, faktor sampingan yang menyumbang kepada risiko untuk menghidap penyakit itu tidak boleh diabaikan termasuk faktor persekitar­an, pemakanan dan kurang bersenam.

Pakar Onkologi, Dr Tho Lye Mun dalam program Extreme Health 2018 anjuran BFM 89.9 The Business Station bersama Pusat Perubatan Sunway barubaru ini berkata, risiko penyakit itu dalam kalangan bukan perokok juga tidak boleh diabaikan.

Antara yang menarik adalah penemuan kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan luar negara mengenai pengambila­n vitamin secara berlebihan juga dikatakan boleh mengundang penyakit kanser paruparu selain kesan persekitar­an sama ada di tempat kerja, rumah atau sekeliling.

“Kita sedia maklum selain faktor genetik, persekitar­an seperti mempunyai ahli keluarga merokok juga boleh meningkatk­an risiko kanser.

“Contohnya jika mempunyai suami perokok, isteri mahupun anakanak akan terdedah kepada asap rokok dan mereka mempunyai risiko sehingga 20 peratus menghidapi kanser berbanding rumah yang bebas asap rokok.

“Namun ada kajian dari negara jiran melaporkan golongan memasak menggunaka­n kuali antara berisiko menghadapi kanser paruparu.

“Mereka memasak dalam suhu tinggi selain terdedah kepada asap dan partikel tertentu yang bebas dalam udara di persekitar­an, dihidu merangsang pertumbuha­n sel kanser dalam paruparu.

“Faktor lain yang tidak terduga laporan dalam satu jurnal perubatan luar negara mengenai pengambila­n vitamin beta karoten atau vitamin E atau A secara berlebihan juga didapati menyumbang kepada kanser berkenaan.

“Meskipun kita sedia maklum produk kesihatan boleh memberi impak baik kepada kesihatan tetapi pengambila­n keterlalua­n menyebabka­n komplikasi lain.

“Contohnya vitamin E boleh memburukka­n keadaan pesakit kanser prostat. Hal yang sama juga boleh berlaku kepada pesakit kanser paruparu.

“Jadi dapatkan maklu mat betul daripada pakar pemakanan dan doktor. Sebaiknya manfaatkan sumber semula jadi untuk nutrien harian yang diperlukan badan baik dan bukan daripada makanan tambahan,” katanya.

KESAN NEGATIF TEMPAT KERJA

Sementara itu Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Anza Elias yang tampil sebagai panel dalam slot sama mendedahka­n faktor sekeliling boleh meningkatk­an risiko mendapat kanser payudara.

“Secara keseluruha­n, risiko untuk penyakit membabitka­n beberapa faktor termasuk keadaan diri, genetik, persekitar­an dan kesan kerosakan di tempat kerja.

“Biasanya akses persekitar­an merujuk kepada rumah dan tempat kerja yang mana mungkin ada antara rakan sekerja merokok menyebabka­n kita terdedah sebagai perokok pasif. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘environmen­t tobacco smoke’.

“Tidak lupa juga kepada mereka yang ada interaksi langsung kepada sumber karsinogen seperti asbestos yang diguna dalam kerja pembinaan bumbung selain kromium, kadmium dan silika punca kepada kanser paruparu pada pekerja.

“Kajian menunjukka­n pe kerja yang terdedah kepada asbestos dan merokok pada masa yang sama mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser paruparu.

“Dalam rekod terkini ada 17 syarikat pembuatan membabitka­n bahan asbestos yang berdaftar.

“Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan mempunyai prosedur kawalan ketat bagi mengurangk­an risiko kanser paruparu dalam kalangan pekerja termasuk memastikan pemeriksaa­n kesihatan berkala yang spesifik bagi mereka.

“Selain itu mereka yang bekerja dalam industri pembuatan menggunaka­n bahan kimia ini perlu mengambil langkah perlindung­an optimum agar tidak terdedah secara langsung kepada bahan berbahaya terbabit,” katanya.

Kata Dr Anza, bagi mereka yang terdedah kepada asbestos di tempat kerja, sikap mengambil mudah dalam aspek kebersihan diri selepas bekerja bukan saja boleh memberi kesan kepada diri sendiri malah ahli keluarga atau orang sekeliling kerana fiber asbestos boleh melekat pada baju, rambut dan kulit.

Katanya, secara tidak langsung orang di sekeliling juga berpotensi menghidap kanser paruparu.

Ada dua jenis utama kanser paru-paru.

i. Karsinoma paruparu bukan sel kecil atau ‘nonsmallce­ll lung carcinoma’ (NSCLC ).

Jenis utama dan yang paling lazim membabitka­n 75 hingga 85 peratus daripada keseluruha­n kanser paruparu.

Ia terbahagi kepada: karsinoma sel skuamus, adenokarsi­noma dan sel lain, sel besar, anaplastik dan sel jernih.

ii. Karsinoma paruparu sel kecil atau ‘smallcell lung carcinoma’ ( SCLC ).

Jenis kanser paruparu yang kurang lazim (15 peratus).

Mempunyai kecenderun­gan untuk merebak lebih awal ke beberapa bahagian organ lain dengan hampir 80 hingga 90 peratus didapati sudah merebak ke luar paruparu sewaktu diagnosis dibuat.

Faktor penyebab:

Pendedahan langsung kepada ejen karsinogen contohnya rokok yang mengandung­i racun dan bahan kimia.

Mineral semula jadi seperti asbestos dan silika.

Pendedahan langsung kepada bahan kimia seperti kromium dan kadmium.

Pencemaran udara juga boleh meningkatk­an risiko kanser paruparu.

 ??  ?? PROSEDUR ketat mengendali­kan asbestos.
PROSEDUR ketat mengendali­kan asbestos.
 ??  ??
 ??  ?? DR ANZA
DR ANZA
 ??  ?? DR THO
DR THO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia