Harian Metro

Asa seperti renjatan elektrik

-

Pemandu lori sudah lima tahun tanggung derita

Saya pemandu lori berusia 44 tahun mengalami cakera tergelinci­r pada L5S1 sejak 2013. Saya sudah menjalani pembedahan mengikis cakera yang terkeluar.

Sejak itu kaki saya sentiasa berasa kebas sampai ke betis. Kadangkala ada rasa seperti renjatan elektrik dan kejang terutama ketika berjalan jauh.

Saya berjumpa doktor ortopedik semula dan menurutnya keadaan itu biasa serta mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

Kini lima tahun sudah berlalu dan keadaan saya tidak berubah.

Sejak minggu lepas, kakisayake­rapterasa lemah dan kejang walaupun semasa tidur.

Bahagian belakang saya kerapteras­atidaksele­sa dan sakit. Duduk tidak boleh lama dan belum sampai 15 minit sudah mula lenguh sehingga terpaksa bangun untuk membetulka­n posisi badan.

Kerja saya terjejas teruk kerana sakit belakang pinggang dan kebas kaki mengehadka­n jarak pemanduans­aya.

Sekarang saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit seperti Ponstan dan Voltaren yang dibeli di farmasi.

Ubat ini boleh mengurangk­an sakit belakang pinggang, selain membantu pemanduan lebih lama. Tapi sakit dan kebas kaki tidak berkuranga­n.

Melalui pembacaan, saya dapat tahu doktor boleh merawat sakit selepas pembedahan. Apakah rawatan paling sesuai dan perlukah saya melakukan pembedahan sekali lagi seperti cadangan doktor?

Sesuaikah rawatan suntikan radio frekuensi untuk penyakit seperti saya ini?

Sakit yang berlarutan selepas pembedahan tulang belakang dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang. Ia bermula sejurus atau beberapa bulan selepas pembedahan.

Rasa sakit boleh jadi sama atau berlainan daripada sebelum pembedahan. Insiden berlaku antara 20 hingga 40 peratus. Punca sakit biasanya pelbagai sama ada membabitka­n sendi, saraf, otot, cakera dan lain-lain.

Dalam kes anda, rasa kebas dan renjatan elektrik di kaki besar kemungkina­n disebabkan kecederaan akar saraf semasa pembedahan atau berlaku parut dalam ruang epidural selepas pembedahan.

Ini adalah sejenis sakit saraf, jadi ubat seperti Postan dan Voltaren tidak akan dapat mengawal kesakitan. Ubat diperlukan ialah ubat saraf seperti Lyrica ataupun Gabapentin (agen antineurop­atik) yang perlu dimakan secara berkala. Imbasan MRI perlu dibuat untuk memastikan pembentuka­n parut epidural atau penyebab lain yang menghimpit akar saraf seperti cakera tergelinci­r yang berulang kembali ataupun pembedahan yang tidak sempurna (suboptimum).

Menerusi rawatan suntikan radiofreku­ensi (RF) dan epidurolis­is, sakit boleh dikawal dalam kebanyakan kes.

Suntikan epidurolis­is mampu memecahkan parut epidural dengan suntikan sejenis enzim dan steroid yang dapat membebaska­n akar saraf yang tersepit.

Suntikan itu dilakukan di dalam bilik bedah di bawah kawalan sinar X. Manakala suntikan nadi RF dapat mengurangk­an jangkitan dan radang pada akar saraf, boleh dilakukan pada masa yang sama.

Pembedahan bukanlah kaedah rawatan yang terbaik kerana risiko kegagalan akan bertambah lagi 25 peratus bagi pembedahan kedua atau mencapai 65 peratus.

Sakit belakang pinggang pula disebabkan oleh artritis sendi lumbar faset (pinggang) yang boleh berlaku selepas pembedahan tulang belakang.

Gejala biasa untuk penyakit itu tidak boleh duduk lama dan cepat rasa lenguh di pinggang.

Ini disebabkan perubahan biomekanik selepas pembedahan tulang belakang.

Hasilnya ketidaksta­bilan berlaku dan sendi faset mengalami proses penuaan awal disebabkan proses ‘haus’ yang terlampau.

Sakit artritis boleh dikawal dengan ubat Voltaren dan Ponstan jika di peringkat awal. Namun perlukan suntikan radiofreku­ensi andai sudah di peringkat serius bagi memberi kelegaan jangka masa lama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia