Harian Metro

Perhatikan gejala ulser, lepuh di mulut

-

Pada 6 Jun lalu Malaysia dikejutkan dengan kematian kanak-kanak lelaki berusia 17 bulan di Pulau Pinang akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pada 30 Julai, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengumumka­n ujian makmal yang dilakukan terhadap sampel tisu mangsa mengesahka­n kematianny­a disebabkan oleh penyakit itu.

Sejak Januari; 39,174 kes HFMD direkodkan di seluruh negara.

Lima sekolah di Pulau Pinang ditutup selama 10 hari sejak 25 Julai lalu berikutan jumlah kes HFMD di seluruh negara meningkat ke tahap membimbang­kan.

HFMD disebabkan jangkitan virus pada strain Coxsackie A16 dan Enteroviru­s 71 (EV71). Virus ini tersebar melalui air liur, lepuh dan najis mereka yang dijangkiti. Gejala penyakit termasuk demam, ruam atau lepuh di telapak tangan dan kaki serta ulser di mulut dan lidah.

Berikut adalah enam perkara yang perlu anda ketahui mengenai penyakit ini. 1. Siapakah yang berisiko tinggi jangkitan?

HFMD biasanya menjangkit­i bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun. Namun, kanakkanak berusia lebih lima tahun dan orang dewasa juga berisiko dijangkiti HFMD. Penyakit ini cenderung menjadi lebih teruk pada orang dewasa.

Orang yang sudah dijangkiti HFMD mempunyai kekebalan terhadap strain HFMD yang menjangkit­i mereka tetapi masih boleh dijangkiti strain lain penyakit ini.

2. Cara jangkitan

HFMD disebarkan melalui sentuhan dengan hidung dan kerongkong orang yang dijangkiti (seperti kahak dan lendir), cecair atau najis. Anda tidak digalakkan membawa anak dijangkiti HFMD ke tempat awam (sekolah, taska dan tadika) untuk elak penyebaran jangkitan.

3. Apakah gejalanya?

Demam, sakit tekak, keletihan dan selera makan berkuranga­n. Ulser dan lepuh akan timbul di dalam mulut, tangan dan kaki beberapa hari selepas jangkitan. Selain itu pesakit mungkin alami muntah dan lesu. Segera bawa anak ke klinik kesihatan terdekat untuk rawatan.

4. Risiko jangkitan HMFD

HFMD boleh merosakkan otak, paru-paru atau jantung, walaupun komplikasi sebegini jarang berlaku. Dalam kebanyakan kes, risiko paling besar ialah dehidrasi kerana ulser menyakitka­n lalu menyebabka­n penghidap kurang minum air.

5. Cara rawatan

Tidak ada ubat khusus untuk HFMD kerana badan kita dilengkapi imuniti untuk melawan jangkitan dengan sendiri. Pesakit boleh mengambil ubat demam atau tahan sakit dan mesti menjaga diri dengan banyak berehat dan minum air kosong secukupnya supaya tidak ternyahidr­at.

6. Bagaimana melindungi diri?

Elakkan hubungan fizikal yang dekat, seperti mencium dan memeluk individu dijangkiti HFMD. Jangan berkongsi makanan atau kutleri dengan orang lain andainya mengesyaki mereka dijangkiti. Basuh tangan selepas ke tandas, tukar lampin atau tersentuh lepuh. Bagi mengurangk­an risiko mendapat jangkitan, amalkan pembuangan sampah dan lampin yang betul.

Oleh kerana HFMD merebak dari individu ke individu lain melalui hubungan langsung, pastikan anda membersihk­an dan membasmi kuman pada alat mainan, semua peralatan lain yang digunakan oleh kanak-kanak, lantai (termasuk lantai tandas) menggunaka­n sabun peluntur antibiotik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia