Harian Metro

BEKALAN PENTING MASUK WAD

-

Pesakit digalakkan bawa ubatan, rekod perubatan

dan kad alahan bagi rujukan doktor pakar

yang pernah mendapatka­n rawatan di fasiliti kesihatan tertier seperti hospital swasta, ada sebahagian ubatan yang digunakan berbeza dengan ubatan yang digunakan di fasiliti kesihatan tertier lain.

Ini termasuk jenis sediaan dosej (contohnya tablet metformin dan metformin extended release) dan jenama ubat.

Selain itu, sebahagian ubatan yang disediakan di satu-satu hospital pakar tiada di hospital pakar yang lain. Oleh itu, dengan membawa ubatan sendiri ke wad akan membantu pakar perubatan mengenal pasti jenis ubat yang diambil supaya rawatan sesuai dapat diberi.

Apabila membawa ubat ke wad, pesakit boleh berbincang dengan pegawai farmasi atau pegawai perubatan sekiranya mereka mengalami apa-apa masalah seperti kesan sampingan akibat jenis ubat tertentu.

Pegawai farmasi dapat mengenal pasti jenis ubat dengan tepat sekiranya ubat itu dibawa bersamasam­a pesakit, seterusnya membolehka­n mereka mencadangk­an ubat alternatif yang lain kepada pakar perubatan bagi merawat pesakit.

Malah, ubatan tradisiona­l dan suplemen berkhasiat yang diambil pesakit juga digalakkan untuk dibawa bersama-sama ke wad.

Pegawai farmasi klinikal boleh mengenal pasti sekiranya ubatan tradisiona­l itu menyumbang kepada masalah kesihatan pesakit (contoh: produk dicemari racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan) atau sekiranya ubatan itu berpotensi berinterak­si dengan ubat moden yang diambil pesakit.

Kesimpulan­nya, sejarah ubatan pesakit penting untuk membantu pakar perubatan merancang rawatan pesakit. Jadi, penting untuk pesakit membawa ubatan yang diambil, rekod perubatan dan kad alahan ketika menjalani rawatan di wad hospital.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia