Harian Metro

Cegah penyakit berjangkit

-

Penyakit mudah merebak atau wabak seperti influenza, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), denggi serta campak, selain mendapat rawatan, kuarantin perlu untuk mengelak penularan.

Meskipun dikenakan tempoh berkurung, ada beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi mengelakka­n jangkitan dalam kalangan anggota keluarga supaya tidak merebak kepada komuniti. Antara panduan boleh diikuti dalam tempoh berkurung.

1. Pastikan mematuhi syarat kuarantin yakni berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin. Untuk mengelak jangkitan, sediakan bilik berasingan untuk pesakit.

2. Sebarang urusan atau kegiatan rutin seperti bertugas, sekolah, rumah ibadat, keraian mahupun membeli-belah perlu dielak melainkan kecemasan. Elak berada di kawasan tumpuan orang ramai.

3. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

i. Tidak berkongsi peralatan peribadi antaranya tuala, sapu tangan mahupun pinggan mangkuk digunakan pesakit.

ii. Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah.

iii. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.

iv. Sebaik-baiknya gunakan tandas berasingan. Kalau berkongsi bilik air sama, cuci setiap kali pesakit selesai menggunaka­n tandas.

v. Pastikan pengudaraa­n yang baik di dalam rumah.

vi. Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihka­n. Gunakan pencuci pembasmi kuman atau berasaskan klorin (misalnya peluntur pakaian dengan nisbah satu bahagian peluntur itu dan 49 bahagian air). Bagi ruang dalam kenderaan, alas kusyen dengan fabrik mudah cuci selain penggunaan pencuci bebas kuman untuk ruang yang digunakan.

4. Jika demam, batuk dan mengalami gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung.

5. Hadkan interaksi dan pergaulan anda dalam tempoh kuarantin. Pelawat juga tidak digalakkan dalam tempoh berkenaan.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin. Lebih baik catatkan dalam jurnal.

7. Minta bantuan ahli keluarga dan rakan bagi memperoleh keperluan harian jika tinggal bersendiri­an.

8. Rekodkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjung­i rumah anda.

9. Hubungi pejabat kesihatan daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembang­an semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementeria­n Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia