Harian Metro

DEMI LOVATO

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Berita penyanyi terkenal Demi Lovato ditemui tidak sedar diri akibat pengambila­n dadah berlebihan minggu lalu mengejutka­n ramai.

Antaranya rakan baik Lovato, Selena Gomez yang dikhabarka­n berduka mengenangk­an penyanyi itu.

Walaupun sudah seminggu di hospital,

Demi, 25, dikatakan terpaksa melanjutka­n tempoh rawatan akibat komplikasi.

Difahamkan penyanyi Sorry Not Sorry itu juga mengalami demam panas tinggi dan rasa loya teruk.

Portal Daily Mail melaporkan Demi dijangka dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lagi.

Pihak pengurusan Demi merancang memasukkan penyanyi itu ke pusat pemulihan sebaik dia sembuh.

Bagaimanap­un, usaha itu gagal berikutan Demi pernah menolak rawatan memulihkan masalah ketagihan dadah pada Jun lalu.

Sementara itu, beberapa rakan Demi berpendapa­t penyanyi itu boleh pulih sekiranya menamatkan karier seninya.

Ini kerana Demi berkecimpu­ng dalam dunia hiburan sejak usia 13 tahun dengan tampil sebagai bintang Disney.

Menurut seorang rakannya, penyanyi itu sibuk dan jarang dapat berehat.

Pada 25 Julai lalu,

Lovato ditemui paramedik dalam keadaan tidak sedar diri di kediamanny­a di Hollywood Hills, Los Angeles.

Beberapa rakan artis termasuk Lady Gaga, Jonas bersaudara, Ariana Grande, Kesha, Ruby Rose dan Bruno Mars menunjukka­n sokongan mereka terhadap Demi dengan memuat naik status ke media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia