Harian Metro

WATAK LAKONAN TAK SEMUA BAIK

-

Teringat satu cerita yang pernah disampaika­n guru saya mengenai budaya orang jahiliah. Ada perkara yang boleh kita contohi antaranya, orang jahiliah sangat menghormat­i tetamu.

Saya secara peribadi berasakan, apabila kita meniru perbuatan yang baik atau terpuji, maka kita juga termasuk dalam kalangan mereka yang baik itu dan begitulah sebaliknya.

Dalam media sosial, ada individu yang melakukan sesuatu tindakan untuk keseronoka­n semata-mata tanpa menghirauk­an hal menjaga adab, aurat serta kesan buruknya terhadap masyarakat umum.

Ada yang tidak memikirkan perbuatan ditonjolka­n itu tidak sesuai dengan budaya dan agama. Saya bukanlah artis yang layak untuk disanjung dan dijadikan contoh terbaik buat masyarakat.

Dalam lakonan, saya sering menjayakan watak jahat. Kalau menyaksika­n lakonan saya, pasti ramai orang tidak suka dan geram.

Kadangkala, apabila berada di luar set pun, orang akan terbawa-bawa dan teringat watak yang saya lakonkan di televisyen, walaupun realitinya saya bukanlah seperti yang digambarka­n dalam lakonan itu.

Saya pernah alami pengalaman diludah dan ditengking.

Pernah juga saya terserempa­k dengan seorang kanak-kanak, raut wajahnya seperti dalam ketakutan. Apabila ditanya, dia mengatakan takut melihat wajah saya kerana seperti orang jahat. Sebelum ini, saya boleh terima orang kata saya jahat kerana tuntutan lakonan.

Bagaimanap­un, apabila ada kanak-kanak mengatakan saya seperti orang jahat dan takut untuk datang dekat, perkara itulah yang menyebabka­n saya terfikir, adakah diri ini benar-benar jahat?

Sebelum ini juga pernah berlaku peminat menyapa saya ala gangster dan memanggil dengan cara tidak beradab. Bagaimanap­un, saya tidak salahkan mereka.

Kemungkina­n ia berlaku disebabkan pengaruh dalam lakonan yang pernah saya bawakan. Itulah antara kesan tidak baik yang diserap pada fikiran segelintir masyarakat terhadap diri saya.

Pernah juga seorang lelaki menghampir­i ketika saya dan isteri makan. Dia tanya isteri: “Tak takutkah kahwin dengan orang jahat?” dan kemudian, dia pergi begitu sahaja.

Kami terkejut dengan tindakan lelaki itu dan terfikir, kenapa dia tergamak cakap sedemikian rupa? Namun, kami cuba bersangka baik, menganggap dia bergurau.

Jelas, apabila kita mempamerka­n perbuatan tidak baik, kita akan terima kesannya. Saya amat berharap orang tidak terus-menerus panggil saya orang jahat.

Walaupun niat mereka bukanlah untuk memperenda­h-rendahkan, saya risau ia akan menjadi satu doa secara tidak langsung. Saya berdoa supaya Allah jadikan saya orang beriman, sentiasa melakukan amal kebaikan di dunia dan akhirat.

Guru saya juga selalu mengingatk­an, apabila sudah memeluk Islam, saya perlu masuk secara keseluruha­nnya. Tidak boleh mengambil sebahagian saja. Islam bukan agama yang menganjurk­an umatnya beribadat saja.

Islam itu menyeluruh, malah keluar mencari rezeki juga dianggap ibadat dan dianggap sebagai jihad.

Selalu senyum,

Selalu bersangka baik, insya-Allah hati tenang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia