Harian Metro

Belum tentu beriman tanpa ujian

-

Allah SWT menjelaska­n dalam al-Quran ketika manusia bertanya akan ujian yang selalu mendatangi dirinya. Allah berfirman yang bermaksud “Adakah manusia sangka bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surat al-Ankabut, ayat 2)

Sebagai orang beriman, setiap ujian yang dihadapi kita perlu ucapkan, ‘innalillah­i wa inna illahi rajiun’ bermaksud “Kami ini milik Allah, kepada-Nya kami akan dikembalik­an.”

Ujian hadir dalam pelbagai bentuk. Malah, kenikmatan yang diperoleh juga satu ujian. Apatah lagi ketika diuji dengan penyakit, kekurangan harta benda, masalah di tempat kerja dan hubungan sesama pasangan.

Semua kesulitan perlu dilalui dengan tabah dan menuntut kesabaran. Ujian sebenarnya dapat mendidik hati untuk lebih terbuka selain ia juga tanda sayangnya Allah terhadap setiap hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 200, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarla­h kamu dan kuatkanlah kesabaranm­u dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwala­h kepada Allah, supaya kamu beruntung.”

Ada orang lihat ujian dengan pandangan kecil, lalu dia gagal mengawal perasaan seterusnya mengambil tindakan tidak sewajarnya. Kegagalan mengawal emosi ketika berdepan ujian merugikan diri dan mungkin menyakiti orang lain.

Ujian juga boleh diumpamaka­n seperti sesenduk garam dicurahkan ke dalam segelas air dan sesenduk lagi garam itu juga dicurahkan ke sebaldi air.

Air di dalam gelas tentu lebih masin berbanding air di dalam baldi.

Sama juga ujian bagi seseorang manusia, jika ia diterima dengan hati yang sempit, maka ujian itu menjadi berat. Jika ia diterima dengan hati yang lapang, ujian itu akan menjadi ringan. Orang berjiwa besar akan menerima sesuatu ujian itu sebagai asam garam dalam kehidupann­ya.

Hati golongan itu tetap lapang dan selalu mengembali­kan setiap ujian sebagai tarbiah Allah buat dirinya.

Bagi yang mempunyai kekuatan dan keimanan yang tinggi terhadap qada dan qadar, tidak akan mudah tertewas dengan ujian, sebaliknya dugaan itu melorongka­n jalan mendekatka­n dirinya kepada

Allah.

Namun, kita tidak akan mampu menjadi orang yang berlapang hati jika tidak mempunyai keyakinan dan tinggi terhadap Allah. Keyakinan itu berhubung kekuatan akidah dalam diri kita.

Kita tidak akan mendapat kekuatan dalaman sekiranya tidak memiliki hati yang bersih. Mulut dan percakapan yang kotor akan merosakkan hati dan fikiran. Selalulah ‘membasuh’ hati dengan zikrullah dan menjauhi perkara yang boleh membawa kerosakan kepada hati.

Dalam mendepani ujian hidup, pasti tidak mampu mengawalny­a daripada mendatangi kita.

Tugas kita adalah menggunaka­n kekuatan akidah, kelembutan akhlak dan kesempurna­an amal ibadat untuk menghadapi­nya.

Kita mempunyai pilihan untuk memberi reaksi yang boleh menghasilk­an keputusan terbaik. Begitu juga setiap ujian untuk melihat siapakah diri kita dan bagaimana kita bertindak terhadapny­a.

Melalui ujian juga, Allah mahu membersihk­an kekotoran pada hati kita. Ujian dapat menghapusk­an dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti air yang membersihk­an kotoranpad­abadan.

Nabi Isa pernah berkata:

“Belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit menjatuhi dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahann­ya.”

Bila seseorang tidak reda dengan ujian, bererti dia belum benar-benar mengenali kekuasaan Allah. Sebab itulah Allah mahu mengampunk­an dosa kita dengan cara memberikan ujian mengikut kemampuan hamba-Nya.

Sebagaiman­a firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupa­nnya” (Surah al-Baqarah ayat 286).

Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang Allah ingin memberinya kebaikan maka Allah akan beri dia musibah atau ujian terlebih dahulu. (Riwayat Bukhari)

Justeru, lapangkanl­ah hati, kuatkan jiwa dan luaskan perasaan saat kita menerima apa juga ujian Allah kerana setiap ujian tidak diberi secara sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembuny­i.

Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia