Harian Metro

Surau rumah pangsa lengang

-

diamalkan, bayi yang baru lahir akan diazan serta iqamat ke telinganya. Apakah hukum tidak mengazanka­n anak pada hari pertama dia dilahirkan?

Ketika bayi dibawa untuk dibersihka­n, saya terpaksa pulang ke rumah kerana ada hal penting untuk diuruskan.

Apabila datang semula ke hospital, saya terlupa berbuat demikian sehinggala­h dia dibawa balik ke rumah saya tidak melaksanak­annya?

Hilman, Merlimau

azan dan iqamat kepada bayi yang baru dilahir adalah sunat. Hadis Rasulullah diriwayatk­an Ubaidilah bin Abi Rafe’, ayahnya menyebutka­n bahawa: “Aku melihat Rasulullah mengumanda­ngkan azan (sepertiman­a azan untuk solat) ke telinga Hasan bin Ali pada saat beliau dilahirkan oleh Fatimah adalah lemah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

Ia seperti mentalkink­an bayi yang baru berpindah dari alam roh ke alam dunia serta tanggungja­wab yang bakal dipikul sebagai hamba Allah. Beberapa kelebihan disenaraik­an ulama, supaya ucapan pertama didengar bayi adalah kalimah yang baikbaik.

Kelebihan azan juga menjauhkan gangguan syaitan.

Walaupun tujuan azan menyatakan masuknya waktu solat, ulama mengalakka­n melaungkan azan pada bila-bila masa bagi tujuan tertentu seperti menghadapi bencana.

tinggal di rumah pangsa yang pendudukny­a orang Islam dan bukan Islam. Surau kami jarang menganjur solat berjemaah terutama pada waktu siang kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja.

Adakah itu menyebabka­n kami semua berdosa kerana pada bulan tertentu, surau memang kosong tidak diimarahka­n?

Zikir Zindagi

Hafiz, Klang

pengikut mazhab Syafie, solat berjemaah adalah fardu kifayah. Oleh itu, hendaklah ada di sesuatu kawasan mengerjaka­n solat secara berjemaah untuk melepaskan dosa yang lain.

Kariah dimaksudka­n adalah tempat yang dilakukan solat Jumaat. Ada juga pengikut mazhab Syafie menyatakan, solat berjemaah itu bukan fardu kifayah tetapi sunat muakkad sahaja.

Ia sangat dituntut tetapi tidaklah hingga menjadi dosa jika tidak dilakukan dalam satu kampung atau kariah. Namun, yang dipegang kebanyakan ulama mazhab Syafie adalah fardu kifayah.

Oleh itu, ahli kariah hendaklah merancang supaya solat berjemaah di kawasan kediaman. Ia adalah syiar Islam yang tidak sewajarnya diabaikan dan tidak diamalkan.

Dengan syiar itu, maka ramai orang Islam dapat menjaga solatnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia