Harian Metro

MANDI HADAS DALAM TANDAS

-

seseorang mandi hadas besar di dalam bilik air melafazkan niat dengan bacaan yang kuat? Bilik air yang diguna pula di sebelahnya ada mangkuk tandas.

Adakah perbuatan itu dikira kurang adab dan bolehkah mengangkat tangan berdoa selepas mandi hadas besar di dalam tandas berkenaan?

Fairus, Shah Alam

perbezaan antara niat dan lafaz niat. Namun, ia sangat berkaitan. Niat bermaksud berazam (bertekad) untuk melaksanak­an ibadat semata-mata untuk mendekatka­n diri dengan Allah.

Itu bukan lafaz tetapi lintasan untuk tujuan melakukan sesuatu perlakuan. Ia membezakan amalan biasa dan ibadat.

Sepertiman­a dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawasany­a segala amal itu disertakan niat dan setiap orang akan mendapat balasan sesuai dengan niatnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Lafaz niat pula ialah ucapan berkenaan niat. Ia membantu dalam memastikan niat itu terhasil. Oleh itu, ketika ingin melaksanak­an mandi hadas boleh lakukan niat iaitu lintasan dalam hati.

Tidak perlu melafazkan niat atau doa dalam tandas secara lafaz kerana ia bukan tempat untuk berdoa atau berzikir, malah haram hukumnya.

Lakukan niat dengan melintaska­n niat mandi hadas sahaja. Cukup dengan mengingati bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh setiap hambanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia