Harian Metro

Pemandu lori sukar solat Jumaat

-

bekerja sebagai pemandu lori di Singapura tapi menetap di Johor. Waktu kerja saya dari Isnin hingga Jumaat.

Apakah hukumnya saya tidak menunaikan solat Jumaat kerana tuntutan kerja selain majikan tidak membenarka­nnya. Bolehkah saya melakukan jamak di Singapura walaupun jaraknya hanya 45 kilometer?

Kebiasaann­ya laluan ke sana berlaku kesesakan yang mengambil masa dua hingga tiga jam untuk saya sampai ke tempat kerja.

Hasan Misran,

Johor

disuruh mencari rezeki untuk menyara kehidupann­ya, namun haruslah sesuai dengan perintah Allah.

Firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjaka­n solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi

(ke masjid) untuk mengingati Allah

(dengan mengerjaka­n solat Jumaat) dan tinggalkan­lah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),” (Surah alJumaah, ayat 9)

Solat yang dilakukan bukanlah bebanan buat orang beriman. Bagaimana sekiranya seseorang sakit perut untuk buang air, adakah dia berasa terbeban untuk pergi ke tandas?

Maka, solat lebih mulia daripada segalanya.

Hanya cara dan kaedah sahaja menyebabka­n anda keliru lalu berasakan solat itu susah dan membebanka­n. Sekiranya sengaja mengatur supaya terlepas solat Jumaat, maka berdosa meninggalk­annya.

Jika tidak dapat dielakkan, hendaklah menunaikan solat

Zohor. Mereka yang meninggalk­an solat Jumaat tanpa uzur syarie’ selama tiga kali berturuttu­rut, sebenarnya memiliki sifat munafik.

Solat tidak boleh dijamak dan qasar kerana jarak musafir kurang 89 kilometer.

Sebenarnya solat itu merehatkan bagi mereka yang penat bekerja atau memandu. Anda boleh solat di mana-mana sahaja berbekalka­n satu botol air wuduk dan tempat yang bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia