Harian Metro

TAMBAH ILMU HARTANAH

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

Lima sesi ceramah dengan pelbagai topik menarik dikongsi bersama pengunjung

Hari kedua pameran hartanah MyRumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Komtar JBCC semalam, menyediaka­n aktiviti menarik kepada pengunjung.

Lima sesi ceramah yang diadakan dalam pameran bermula jam 10 pagi hingga 10 malam membariska­n penceramah jemputan dengan topik menarik untuk maklumat orang ramai.

Aktiviti dimulakan dengan ceramah yang disampaika­n Pengasas Mamy Home Amin Yusoff dengan tajuk Renovasi Untuk Rumah Pelaburan pada jam 11 pagi.

Sesi ceramah diteruskan pada jam 2 petang oleh wakil Amacc Corporate Services Sdn Bhd Amsyari Shakur dengan topik Cukai Dalam Hartanah: Cara Untuk Jimat Cukai Dengan Betul.

Penceramah ketiga ialah wakil Bank Muamalat Awang@Musran yang membincang­kan topik Jangan Biarkan Bank Menghalang Kehendak Anda Memiliki Rumah pada jam 3 petang.

Dua lagi sesi ceramah dikendalik­an wakil Amanah Raya Berhad Hidayat Fitri Abdul Kadir dan Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Johor Muhammad Faizal Adnan.

Selain sesi ceramah, orang ramai boleh menyertai aktiviti keluarga dan santai pentas dua ruang legar Komtar JBCC.

MyRumah Johor Bahru berlangsun­g selama tiga hari bermula kelmarin dirasmikan wakil Menteri Besar Johor, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dzulkefly Ahmad.

Pameran buat kali ketiga berturut-turut di Komtar JBCC itu menyaksika­n tujuh pemaju dan empat syarikat bukan pemaju menyertain­ya dengan lebih 500 unit kediaman ditawarkan untuk jualan.

Tujuh pemaju yang mengambil bahagian ialah Pulai Springs Resort Berhad, Bukit Pelali, Eco Tropics Sdn Bhd, Uda Land, Johor Land Berhad, Hua Yang Berhad dan Sunway Iskandar Sdn Bhd.

Empat pempamer bukan pemaju yang terbabit adalah Amanah Raya Berhad, Bank Muamalat, PTPTN dan Takaful Ikhlas Berhad.

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat unit contoh pada pameran MyRumah 2018 di Komtar JBCC yang berakhir hari ini.
PELAWAT mendengar sesi ceramah pada pameran, semalam.
PENGUNJUNG melihat unit contoh pada pameran MyRumah 2018 di Komtar JBCC yang berakhir hari ini. PELAWAT mendengar sesi ceramah pada pameran, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia