Harian Metro

TERHARU DIBANTU

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Hazmeer berterima kasih pada rakan selebriti tularkan situasi anak alami masalah jantung

Anggota kumpulan lawak XOXO, Hazmeer Hassan terharu dengan bantuan rakan selebriti yang menularkan mengenai situasi bayi lelakinya yang mengalami masalah jantung sejak dilahirkan.

Hazmeer berkata, ia sedikit sebanyak membantuny­a menampung kos rawatan RM18,000 di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak lelakinya, Muhammad Sher Harraz yang kini berusia lebih sebulan mempunyai masalah injap jantung terbalik menyebabka­n kekurangan darah memasuki paru-parunya sejak dilahirkan pada 16 Jun lalu.

“Dia kini dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Melaka. Sejak dia dilahirkan saya belum sempat mendukungn­ya dan hanya mampu melihatnya saja kerana dia kini diletakkan dalam inkubator.

“Saya dan isteri sudah dua kali ke IJN bagi menja- lani peme- riksaan dan pada fasa pertama doktor beritahu akan membuat pembedahan bagi menambah saluran darah ke paru-paru.

“Kami dimaklumka­n kos rawatan sekitar RM18,000.

“Ia memang agak mahal apatah lagi pendapatan saya yang bekerja sambilan pun tidak menentu,” katanya.

Bagaimanap­un, Hazmeer bersyukur ramai rakan selebriti prihatin dan memuat naik berita mengenai penyakit anaknya itu dan bantuan kos rawatan itu.

“Alhamdulil­lah, ada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan selepas mengetahui situasi anak saya. Rakan selebriti pun banyak membantu ringankan beban saya.

“Saya juga bercadang untuk membuat rayuan penguranga­n kos apabila sudah mendapat tarikh pembedahan nanti. Sekarang saya cuma meminta semua mendoakan semoga urusan rawatan akan dipermudah­kan dan anak saya kembali sihat,” katanya yang pernah memasuki pertanding­an Maharaja Lawak Mega 2017 bersama kumpulan XOXO.

 ??  ?? HAZMEER terharu dengan bantuan daripada rakan selebriti dalam menularkan situasi dihadapi bayinya.
HAZMEER terharu dengan bantuan daripada rakan selebriti dalam menularkan situasi dihadapi bayinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia