Harian Metro

SEMUA SELAMAT

- Olivia@nstp.com.my

„ Pekerja tiada simptom dijangkiti selesema burung

Tiada pekerja ladang ternakan ayam di daerah ini yang menunjukka­n tanda dijangkiti virus selesema burung, susulan kes kematian ayam yang disahkan disebabkan penularan virus itu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong berkata, pegawai kesihatan sudah menjalanka­n pemeriksaa­n di ladang yang dikenal pasti terjejas akibat virus berkenaan.

“Pemeriksaa­n terhadap pekerja yang mengendali­kan ternakan ayam di ladang terbabit sudah dijalankan dan setakat ini tiada tanda atau simptom menunjukka­n mereka dijangkiti virus berkenaan.

“Bagaimanap­un, pasukan kesihatan akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n termasuk penduduk kampung di kawasan lingkungan satu kilometer dari ladang ternakan ayam terbabit,” katanya ketika meninjau pusat operasi wabak virus berkenaan di sini, semalam.

Junz berkata, seramai 471 penduduk kampung yang tinggal dalam lingkungan satu kilometer dari ladang ternakan ayam terbabit dipantau ketika ini.

Beliau berkata, operasi untuk menghapusk­an ayam di ladang yang terjejas juga dilaksanak­an mulai semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.

“Ada dua ladang ternakan ayam dalam kawasan radius yang dipantau masing-masing mempunyai 10,000 dan 18,000 ayam.

“Pampasan kepada pemilik ladang akan dibuat kemudian, apa yang penting menangani penyakit berkenaan.

“Kita masih berusaha untuk mengenal pasti bagaimana virus berkenaan merebak ke negeri ini,” katanya sambil menambah pihaknya berharap dapat mengisytih­arkan negeri ini bebas daripada virus itu dalam tempoh dua bulan.

Beliau turut memberi jaminan virus berkenaan tidak berjangkit daripada manusia kepada manusia, tetapi orang ramai yang tinggal dekat dengan lokasi jangkitan penyakit berkenaan tetap berisiko.

Bagaimanap­un, katanya, ayam di negeri ini masih selamat dimakan memandangk­an ternakan itu perlu dihantar ke pusat penyembeli­han sebelum dijual kepada pengguna.

Sementara itu, tinjauan di daerah ini mendapati Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah (JPV) menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kenderaan yang keluar dari kawasan terjejas akibat virus berkenaan di Kampung Kauluan, Kiulu, dekat sini.

Semua jenis ternakan ayam dilarang dibawa keluar dari kawasan berkenaan, termasuk ayam kampung yang diternak penduduk.

 ??  ?? ANGGOTA JPV Tuaran dan Kota Kinabalu siap sedia masuk ladang ternakan ayam bagi melakukan pemusnahan ternakan.
ANGGOTA JPV Tuaran dan Kota Kinabalu siap sedia masuk ladang ternakan ayam bagi melakukan pemusnahan ternakan.
 ??  ?? KAKITANGAN JPV membuat pemeriksaa­n kenderaan yang keluar dari kawasan.
KAKITANGAN JPV membuat pemeriksaa­n kenderaan yang keluar dari kawasan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia