Harian Metro

PEKERJAAN PALING BAHAGIA

- Daily Mail

Sebuah kilang memproses makanan berasaskan udang di sini, mungkin menjadi tempat kerja paling bahagia di dunia apabila pekerjanya boleh datang dan balik serta bercuti pada bila-bila masa yang mereka suka.

Semuanya bermula lima tahun lalu, apabila pihak pengurusan kilang itu mengambil keputusan untuk mengurangk­an kos tenaga kerja bagi meningkatk­an pendapatan syarikat.

Bagaimanap­un, syarikat itu tidak membuang pekerja sebaliknya ia menghapusk­an konsep jadual bekerja.

Pekerja kini boleh datang dan balik pada bila-bila masa yang mereka suka dan apa yang perlu lakukan adalah menulis beberapa jam mereka bekerja di papan yang disediakan.

Lebih menarik lagi, pekerja kilang itu juga boleh mengambil cuti pada bila-bila masa yang mereka suka tanpa memberitah­u atau meminta kebenaran daripada majikan.

Pada mulanya, ramai berpendapa­t membiarkan pekerja menguruska­n waktu kerja mereka sendiri bakal menyebabka­n produktivi­ti menurun atau kilang sering mengalami masalah kekurangan bekerja.

Namun, produktivi­ti kilang itu dilaporkan meningkat dan kos pengurusan berjaya dikurangka­n kepada hampir satu pertiga.

Dalam tempoh lima tahun, setiap pekerja di kilang itu hanya mengambil cuti sebanyak satu hari.

Kerja di kilang itu termasuk membuang kulit udang, menimbang, memasak dan

„ Kilang benar pekerja datang, pulang, cuti pada bila-bila masa

mengetin produk makanan laut yang dihasilkan syarikat berkenaan untuk dipasarkan.

 ??  ?? PEKERJA mengasingk­an dan menimbang udang untuk diproses di kilang berkenaan. - Agensi SEORANG pekerja menuliskan jumlah jam bekerja di kilang
berkenaan sebelum dia pulang. - Agensi
PEKERJA mengasingk­an dan menimbang udang untuk diproses di kilang berkenaan. - Agensi SEORANG pekerja menuliskan jumlah jam bekerja di kilang berkenaan sebelum dia pulang. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia