Harian Metro

Pemuda kudung jadi tukang gunting rambut

-

Buenos Aires: Seorang pemuda yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan membuktika­n kecacatan itu bukan halangan untuk berjaya apabila menjadi tukang gunting terkenal di bandar ini.

Gabriel Heredia, 20, yang mengusahak­an kedai gunting rambut mendapat permintaan memberangs­angkan daripada orang ramai apabila pelanggan terpaksa beratur untuk mendapatka­n perkhidmat­annya.

Oddity Central melaporkan, Heredia mula bekerja sebagai tukang gunting seawal usia 14 tahun lagi dan mempelajar­i segala teknik termasuk melakukan trim pada jambang.

Heredia pada mulanya menganggap ia sekadar hobi, namun menyedari ia adalah pekerjaan yang ingin dilakukann­ya.

“Saya belajar menghidang air sendiri dan saya kini mahir menunggang basikal, motosikal malah, memandu kereta,” katanya.

Kemudian, keluargany­a membantuny­a membuka kedai gunting dan bertemu sebuah organisasi yang menghubung­kan tukang gunting untuk melakukan kebajikan serta mengajar kemahiran itu kepada mereka yang berminat.

Menurut Heredia, dia bukan hanya sekadar mengguntin­g rambut tetapi juga ingin mendekati masyarakat setempat.

“Apa yang saya suka mengenai kerja ini ialah orang ramai berasa selesa dan bergaya dengan cara guntingan sekali gus membuatkan saya gembira.

“Saya mahu kedai ini menjadi yang terbaik dan bercita-cita membuka satu lagi kedai gunting rambut,” katanya. - Agensi

 ??  ?? HEREDIA menunjukka­n kemahiran mengguntin­g rambut ketika dijemput dalam satu program televisyen di Argentina. - Agensi
HEREDIA menunjukka­n kemahiran mengguntin­g rambut ketika dijemput dalam satu program televisyen di Argentina. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia