Harian Metro

Arab Saudi tingkat serangan di Yaman EROPAH ‘KEPANASAN’

- Agensi

Sanaa: Seramai 55 orang awam dilaporkan terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa letupan yang berlaku di bandar pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberonta­k.

“Walaupun keadaan di lokasi kejadian letupan masih tidak diketahui, insiden ini disifatkan sebagai tidak menghormat­i nyawa dan harta orang awam,” kata ketua delegasi Jawatankua­sa Antarabang­sa Palang Merah (ICRC) bagi Yaman, Johannes Bruwer dalam satu kenyataan, kelmarin.

ICRC berkata, beberapa insiden letupan di daerah berhampira­n pantai itu, termasuk di pasar ikan dan kawasan sekitar Hospital Al-Thawra menyebabka­n 55 orang awam maut, sementara 170 lagi mangsa cedera.

“Dua ambulans turut musnah,” katanya.

Pada Khamis lalu, anggota perubatan dan saksi melaporkan, sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam serangan udara di pintu masuk hospital dan pengeboman di pasar ikan di Hodeida.

“Kejadian di Hodeida amat mengerikan. Insiden ini tidak boleh diterima kerana ia tidak menghirauk­an undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa di Yaman,” kata Bruwer yang mengutuk serangan berkenaan. Sejak beberapa bulan lalu, kerajaan Yaman yang disokong tentera pakatan diketuai Arab Saudi melancarka­n serangan besar-besaran untuk menawan Hodeida yang ditawan pemberonta­k Houthi.

Bagaimanap­un, serangan itu dihentikan pada bulan lalu bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaa­n yang disalurkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada penduduk bandar pelabuhan itu.

Namun, serangan udara sekitar bandar itu mula meningkat pada minggu lalu selepas Saudi mendakwa dua kapal tangki milik negara itu diserang di Laut Merah dipercayai dilakukan pemberonta­k Houthi. - AFP

Gelombang panas yang melanda Eropah kini mencecah suhu tertinggi 45 darjah Celsius di beberapa kawasan yang menyebabka­n tiga orang mati di Sepanyol akibat strok haba dan jalan raya cair di Belanda.

Agensi perlindung­an awam Catalonia berkata, seorang lelaki pertengaha­n usia yang juga gelandanga­n, ditemui pengsan di Barcelona sebelum disahkan meninggal dunia akibat strok haba.

Dua lagi mangsa masing-masing pekerja jalan raya berusia dalam lingkungan 40-an dan pesara berusia 78 tahun, dilaporkan meninggal dunia juga akibat strok haba, baru-baru ini.

Suhu di Sepanyol dilaporkan merekodkan kadar tertinggi kelmarin, apabila ia mencecah 44 darjah Celsius di Badajos yang terletak berhampira­n Portugal, manakala di Seville dan Madrid mencatatka­n suhu masing-masing pada 42 darjah Celsius dan 40 darjah Celsius.

Di Belanda pula pihak berkuasa menutup beberapa bahagian lebuh raya di negara itu selepas cuaca panas menyebabka­n tar di jalan raya cair.

Pihak berkuasa di Vienna, Austria menggunaka­n kasut khas pada anjing polis ketika membuat rondaan bagi mengelak kaki haiwan itu

„ Gelombang haba punca jalan cair,

kematian di beberapa negara

melecur ketika berjalan di atas permukaan panas.

Sementara itu, di Portugal, perkhidmat­an kecemasan berkata, walaupun tiada kebakaran hutan dilaporkan setakat ini, namun mereka sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga kemungkina­n berlakunya insiden itu.

Paras suhu di Alvega dicatatkan pada 45 darjah Celsius, iaitu terletak kira-kira 150 kilometer di utara Lisbon, kelmarin.

Menurut Institut bagi Laut dan Atmosfera Portugal (IPMA), gelombang haba dijangka mencapai kemuncakny­a semalam.

Pihak berkuasa di Lisbon juga menutup taman permainan dan menasihatk­an penduduk untuk mengelak daripada berkelah serta melakukan aktiviti luar rumah.

Pusat perlindung­an untuk golongan gelandanga­n juga dibuka awal untuk membolehka­n mereka berlindung daripada cuaca panas.

 ??  ?? SEKUMPULAN pelancong meminum air dan membasuh muka di sebuah air pancut di Madrid, Sepanyol kelmarin. - Reuters
SEKUMPULAN pelancong meminum air dan membasuh muka di sebuah air pancut di Madrid, Sepanyol kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia