Harian Metro

BELUM CUBA, BELUM TAHU...

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Farina sasar cipta kejutan di Sukan Asia 2018

Pelumba basikal trek wanita negara, Farina Shawati Mohd Adnan tetap optimis mampu mencipta kejutan andai berjaya layak ke final acara keirin di Sukan Asia Jakarta Palembang, bulan ini.

Bagaimanap­un, Farina mengakui masih banyak perkara perlu dilakukan jika mahu mengatasi saingan pelumba Jepun, China, Korea Selatan dan Hong Kong yang menjadi pencabar utama dalam acara keirin.

“Biarpun hanya mendapat tempat kelapan dalam acara keirin di kejohanan lumba basikal Piala Trek China 2018, saya tetap yakin mampu pergi lebih jauh dan mencipta kejutan di Sukan Asia nanti. “Saya juga berharap dapat mengatasi catatan masa terbaik 11.4 saat dalam acara 200 meter pecut individu di Sukan Asia nanti, selain mampu memberi saingan kepada wakil negara lain dalam acara pecut berpasukan,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Sebelum ini, media melaporkan Farina terpaksa berpuas hati menduduki tempat keempat selepas melalui pusingan ‘repecharge’ dan seterusnya ke peringkat separuh akhir dan akhir dalam acara keirin di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Australia pada 8 April lalu.

Acara keirin wanita Sukan Komanwel 2018 dikuasai pelumba tuan rumah, Stephanie Morton dan Kaarle McCulloch yang masing-masing meraih emas dan perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba New Zealand, Natasha Hansen.

Nama Farina yang berasal dari Selangor mula meningkat naik selepas muncul juara acara pecut 200 meter berbasikal trek wanita di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak, dua tahun lalu.

Populariti Farina terus meningkat selepas dia dan Fatehah Mustapha mencipta kejayaan dengan meraih emas acara pecut berpasukan wanita dengan masa 34.671s selepas menewaskan Indonesia di final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Bagaimanap­un, Farina terpaksa melupakan hasrat untuk berganding­an dengan Fatehah dalam acara pecut berpasukan selepas pelumba dari Dungun, Terengganu itu digugurkan secara mengejut oleh jurulatih John Beasley, Jun lalu.

Berikutan itu, Farina akan berganding­an dengan seorang lagi pelumba muda negara, Anis Amira Risidi bagi meneruskan cabaran Malaysia dalam acara pecut berpasukan di Sukan

Asia 2018.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia