Harian Metro

Daren lain macam!

-

kita sering bersorak apabila melihat Datuk Lee Chong Wei meraih kejayaan tidak kira apa saja kejohanan yang disertainy­a.

Tidak keterlalua­n untuk saya katakan hanya Chong Wei menjadi pengubat duka peminat badminton negara selama ini.

Namun, pada Kejohanan Dunia yang berlangsun­g di Nanjing, China, ramai yang pada awalnya berpendapa­t penampilan Malaysia pasti suram tanpa Chong Wei yang menarik diri berikutan masalah kesihatan.

Bagaimanap­un, tekaan kita nyata meleset. Seakan ingin membuktika­n sesuatu, satu persatu wakil negara menunjukka­n peningkata­n prestasi.

Antara mereka adalah perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei serta beregu muda, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Jin Wei berjaya mara ke pusingan ketiga sementara Aaron-Wooi Yik kandas di suku akhir. Namun, paling mencuri tumpuan, siapa lagi kalau bukan Liew Daren.

Kalau dulu orang mungkin geram melihat aksinya di atas gelanggang, namun sekarang Daren menerima pujian menggunung.

Apa tidaknya, sehingga artikel ini ditulis, Daren berjaya menempah tiket ke separuh akhir!

Jelas sekali bila beraksi tanpa sebarang tekanan atau orang putih kata ‘nothing to lose’, pemain kita mampu melakar sesuatu yang menakjubka­n dan ia dibuktikan oleh Daren.

Mungkin ketiadaan Chong Wei memberi inspirasi tambahan kepadanya untuk membuktika­n bahawa dirinya juga mampu mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Chong Wei.

Daren juga membuktika­n bahawa permainann­ya masih ada kualiti dan tidak mustahil pada usia yang menghampir­i penghujung karier, dia mampu membuktika­n sesuatu selepas ini.

Jelas sekali tiada yang mustahil jika kita berusaha dan terus berusaha.

Jumpa lagi.

 ??  ?? MOMOTA terlalu ampuh buat Daren.
MOMOTA terlalu ampuh buat Daren.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia