Harian Metro

‘DUA PINGAT PUN OK’

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

„ Skuad wushu negara perlu elak kesilapan

jika tak mahu pulang tangan kosong

Kekuatan sama rata dimiliki tujuh atlet wushu kebangsaan yang diberi kepercayaa­n ke Sukan Asia, Jakarta dan Palembang, Indonesia bulan ini mampu membantu Malaysia meraih sekurang-kurangnya dua pingat pada temasya berkenaan.

Tetapi, mereka harus mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh menjejaska­n peluang meraih pingat kerana wushu dikategori­kan sebagai sukan berprestas­i tinggi.

Skuad wushu negara dibarisi tujuh atlet dengan empat daripada mereka adalah lelaki iaitu Wong Weng Son, Yeap Wai Kin, Loh Jack Chang dan Calvin Lee Wai Leong, manakala tiga lagi adalah atlet wanita iaitu Phoon Eyin, Tan Cheong Min serta Audrey Chan Yee Jo.

Daripada jumlah itu, tiga adalah dari Program Podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN) iaitu Weng Son, Wai Kin dan Jack Chang.

Sandaran utama Malaysia adalah juara dunia 2017 acara Jianshu iaitu Weng Son dan rakan sepasukann­ya, Wai Kin, namun kontinjen negara tidak bernasib baik apabila acara Jianshu serta Qiangshu tidak dipertandi­ngkan di Indonesia.

Presiden Persekutua­n Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt menyifatka­n pihaknya tidak meletakkan sasaran khusus, namun yakin dua pingat dapat dibawa pulang dari bumi Indonesia.

“Kita tidak ada sasaran namun akan ada pingat tetapi warnanya tidak ditentukan. Kita harap sekurang-kurangnya dua pingat kerana acara terbaik kita tidak dipertandi­ngkan di Sukan Asia iaitu Jianshu dan Qiangshu.

“Bagi kita semua tujuh atlet yang bertanding mempunyai potensi, malah sesiapa saja mampu memenangi pingat kerana mereka semua adalah setaraf. Sukar untuk memberi jangkaan, tetapi jika kesilapan dilakukan maka pingat akan hilang begitu saja,” kata Kim Fatt.

Mengulas lanjut, Kim Fatt menjelaska­n baki masa yang ada sebelum Sukan Asia akan digunakan untuk mengekalka­n tahap psikologi serta kekuatan atlet sebelum bertolak ke Indonesia pada 15 Ogos.

Kim Fatt dalam masa sama turut memaklumka­n semua atlet sudah menjalani ujian doping, sekali gus berharap agar insiden yang berlaku di Incheon empat tahun lalu, tidak berulang.

Ketika itu, emas yang dimenangi Tai Cheau Xue ditarik balik akibat gagal ujian doping.

Malaysia pernah memenangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia