Harian Metro

Reds berdepan misi getir

-

London: Liverpool berdepan ujian sukar dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila dijangka berada dalam kumpulan maut susulan kedudukan ranking mereka yang terbawah.

Naib juara musim lalu itu berkemungk­inan diundi sekumpulan bersama juara bertahan, Real Madrid atau Barcelona serta kelab Jerman, Borussia Dortmund dan Inter Milan dari Itali.

Rata-rata penyokong skuad Reds jelas tidak senang dengan senario itu apabila mereka menganggap Liverpool sepatutnya meraih undian lebih mudah berdasarka­n pencapaian musim lalu apabila mereka mara hingga ke final sebelum tumbang 1-3 kepada Real.

Menerusi komen penyokong di laman sosial, kebanyakan mereka mahu kelab Liga

Perdana Inggeris itu berada di balang undian kedua.

Namun, ada juga yang beranggapa­n tidak kisah kerana Liverpool memiliki jentera serangan ampuh terdiri daripada Mohamed Salah Sadio Mane dan Roberto Firmino.

“Sudah tentu kami kecewa sekiranya Liverpool berada di balang undian ketiga, tapi kami yakin dengan keupayaan pemain sedia ada iaitu Alisson, Salah dan Firmino,” kata LFC_Tonks di Twitter.

Bagi Milo Amroliwala pula, pasukan lain seharusnya gentar untuk berdepan Liverpool yang ketika ini berada di tahap terbaik.

“Liverpool mungkin berdepan mimpi ngeri dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara nanti. Pembetulan.. sebenarnya Liverpool adalah mimpi ngeri buat pasukan lain,” katanya.

Anak buah Juergen Klopp mungkin diletakkan dalam balang ketiga, namun semuanya bergantung kepada aksi pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara antara Benfica dan Fenerbahce, pertengaha­n minggu depan.

Sekiranya Benfica tewas kepada kelab Turki itu, Liverpool akan berada di balang kedua kerana kedudukan kelab Portugal itu yang lebih baik daripada skuad kendalian Klopp. Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia