Harian Metro

BELUM TENTU JUARA LIGA

- AFP

London

Manchester City bertemu Chelsea pada perlawanan Perisai Komuniti, malam ini yang menjadi aksi tradisi pembuka tirai liga bola sepak elit di Britain, tetapi pertembung­an di Wembley itu langsung tidak memberi gambaran perjalanan pemburuan trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dianggap sebagai aksi persahabat­an penuh glamor antara juara liga dan pemenang Piala FA, ironinya pemenang perlawanan itu tidak mampu bergelar juara pada musim yang sama sejak kali terakhir Manchester United melakukann­ya pada musim 2010-11.

Ketika ramai tonggak kedua-dua pasukan masih menikmati cuti rehat selepas Piala Dunia, perlawanan yang dijadual berlangsun­g dalam cuaca panas di London dijangka dibarisi ramai pemain muda dan simpanan.

Namun, apa saja barisan yang disenaraik­an, ia tetap menjadi perlawanan yang diberikan tumpuan dengan persoalan adakah City masih memiliki magis seperti musim lalu dan bagaimana pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri memulihkan maruah kelabnya yang menamatkan saingan liga musim lalu di tangga kelima.

Bagi peminat City, mereka pasti teruja untuk melihat bagaimana pengurus Pep Guardiola menggunaka­n pemain barunya, Riyad Mahrez yang menjadi satu-satunya pembelian kelab itu ketika jendela perpindaha­n ketika ini.

Guardiola mengesahka­n pembelian yang memecah rekod pembelian kelab £60 juta (RM318 juta) sebagai antara pilihan untuk disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama menentang Chelsea sekalipun bekas pemain Leicester itu mengalami kecederaan buku lali ketika aksi pramusim di Amerika Syarikat minggu lalu.

“Mahrez pemain yang bagus. Dia mengalami sedikit kesakitan, tapi dia berlatih kelmarin dan saya fikir ya (dia boleh bermain esok),” kata Guardiola, kelabnya dua kali menewaskan Napoli yang dibimbing Sarri musim lalu dalam kancah Liga Juara-Juara.

“Saya gembira beliau (Sarri) berada di sini dalam Liga Perdana. Banyak yang saya dapat belajar daripada pasukannya. Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang baik, Chelsea sentiasa pencabar yang besar. Antonio (Conte) sebelum ini, Maurizio juga sama. Corak permainan mereka sempurna untuk bola sepak Inggeris.”

Bagi Chelsea, pemain tengah Cesc Fabregas dijangka tidak dapat diturunkan susulan masalah lutut dengan beberapa tonggaknya seperti N’Golo Kante, Olivier Giroud, Eden Hazard, Thibaut Courtois, Michy Batshuayi dan Gary Cahill masih belum bersama pasukan.

“Perlawanan ini amat sukar bagi kami kerana satu sebab, mereka sudah bekerjasam­a selama dua tahun. Kami baru memulakann­ya dua setengah minggu yang lalu,” kata Sarri, pengendali berusia 59 tahun yang dijangka menurunkan pemain berusia 17 tahun, Callum Hudson-Odoi dalam pasukannya.

“Saya mahu menang, kerana cukup penting untuk dapat menjulang trofi serta-merta. Tapi ketika ini, prestasi pada kempen musim ini paling utama.”

Selain itu, Sarri juga dikatakan ‘pening’ dengan spekulasi membabitka­n beberapa pemain utamanya seperti

Courtois, Willian dan Hazard yang semuanya dikaitkan dengan perpindaha­n dari Stamford

Bridge.

„ Blues, Citizens mula aksi persahabat­an penuh glamor

rebut trofi Perisai Komuniti malam ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia