Harian Metro

Smalling harap tuah diet dapat rebut posisi utama

-

Manchester: Pertahanan England, Chris Smalling berharap diet yang diamalkan memberinya kelebihan dalam perebutan posisi utama di Manchester United.

Selain Smalling, United mempunyai empat lagi pertahanan tengah berkualiti di Old Trafford iaitu Eric Bailly, Phil Jones, Victor Lindelof dan Marcos Rojo.

Persaingan itu bertambah apabila pengurus, Jose Mourinho mendedahka­n ingin mendapatka­n seorang lagi pertahanan tengah sebelum jendela perpindaha­n ditutup antaranya pemain Barcelona, Yerry Mina, Harry Maguire dari Leicester dan pemain Tottenham, Toby Alderweire­ld.

Namun, tidak seorang pun pertahanan tengah yang membarisi kesebelasa­n utama United lebih banyak berbanding Smalling musim lalu dengan dia berada di tangga keempat di belakang Nemanja Matic, David De Gea dan penyerang Romelu Lukaku.

Justeru, pemain berusia 28 tahun itu yang sering dipalit masalah kecederaan berkata, apa yang diamalkann­ya itu mula menampakka­n hasil dan berharap ia akan berterusan.

“Isteri saya vegetarian sejak beberapa tahun lalu,” kata Smalling.

“Dia banyak memasak di rumah dan kadangkala saya juga melakukann­ya.

“Saya bukan sepenuhnya vegetarian dan apabila saya melakukann­ya, ia seperti normal. Selepas beberapa lama, saya mula menolak daging merah.

“Satu daripada alasan saya memulakann­ya adalah daging merah menyebabka­n banyak keradangan dan saya mempunyai banyak radang di lutut saya, cukup banyak bagi pemain bola sepak.

“Apabila saya melakukann­ya (diet), keradangan itu mula hilang. Kini saya mula menjadi vegetarian sepenuhnya pada permulaan pramusim dan ia sukar pada awalnya tapi semua pihak amat memahami.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia