Harian Metro

Tiada masalah hadapi Singapura

-

Kuala Lumpur: Skuad negara wajib meraih kemenangan ke atas Singapura di Stadium Joko Samudro, Surabaya, hari ini jika mahu berada di kedudukan lebih selesa untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) AFF 2018.

Melihat kepada prestasi semasa, skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib dilihat tidak berdepan masalah besar untuk menundukka­n Singapura yang tewas dalam dua perlawanan

awal mereka.

Malah, anak buah Raja Azlan juga sudah mula mengintai laluan ke separuh akhir susulan kemenangan besar 6-1 ke atas Brunei pada aksi kedua Kumpulan B, kelmarin.

Justeru, Raja Azlan percaya moral pemainnya berada pada tahap terbaik dan mampu mengekalka­n prestasi cemerlang apabila berdepan Singapura.

“Pemain saya beraksi dengan moral yang cukup tinggi dan hasilnya kami mencatat kemenangan pertama.

“Kami menguasai keseluruha­n permainan dari benteng pertahanan hingga serangan selain melakukan penyudah sempurna.

“Semua memainkan peranan masing-masing dan perlawanan ini sebagai persediaan

dan membuka peluang ke separuh akhir,” katanya.

Skuad B-16 kini mengumpul tiga mata dan berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas tewas 1-2 kepada Thailand pada aksi pertama, Isnin lalu.

Jika menundukka­n Singapura, anak buah Raja Azlan perlu membuat perhitunga­n dengan Laos pada aksi terakhir, Khamis depan bagi menentukan pasukan yang akan layak ke separuh akhir.

Laos kini menghuni tangga kedua kumpulan selepas menang dalam dua perlawanan awal sementara Thailand yang berada di tangga teratas dengan sembilan mata semakin hampir mengesahka­n tempat ke separuh akhir.

 ??  ?? SKUAD kendalian Raja Azlan berjaya benam Brunei, kelmarin.
SKUAD kendalian Raja Azlan berjaya benam Brunei, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia