Harian Metro

Skuad B-23 fokus persefaham­an

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bukan kemenangan yang menjadi buruan sebaliknya fokus utama skuad Bawah 23 tahun (B-23) adalah bagi membentuk persefaham­an lebih baik menjelang sepak mula Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, dua minggu lagi.

Itu matlamat utama yang perlu dicapai pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee apabila anak buahnya berpeluang menguji skuad B-23 China pada aksi persahabat­an di Pusat Sukan Olimpik Stadium Changzhou, malam ini.

“Saya ingin melihat kombinasi antara pemain sedia ada dan paling penting adalah kita bukan memikirkan mengenai keputusan tetapi persefaham­an memandangk­an kita hanya menjalani latihan selama seminggu.

“Aksi bertemu China adalah perlawanan pertama buat skuad B-23 sejak kali terakhir kita bertemu Korea Selatan di peringkat antarabang­sa, Januari lalu. Jadi saya mengharapk­an perlawanan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pasukan sebagai persiapan untuk mengharung­i Sukan Asia nanti.

“Sama ada saya akan menurunkan barisan pemain yang terkuat, ia terpulang dalam situasi tertentu namun bagi kesebelasa­n utama untuk aksi esok, saya akan menurunkan pemain yang cergas,” katanya pada sidang media praperlawa­nan itu, semalam.

Malaysia dan China masing-masing akan beraksi pada Sukan Asia 2018 yang menyaksika­n Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain sementara China berada dalam Kumpulan C bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Timor Leste dan Syria.

Mengulas lanjut persiapan skuad B-23, Kim Swee mengakui banyak perkara yang perlu dilakukan memandangk­an sepak mula kejohanan hanya berbaki 11 hari lagi.

“Tiada tumpuan spesifik yang perlu diberikan kerana kita perlu mengambil kira secara keseluruha­n baik daripada segi bertahan mahupun menyerang.

“Apa yang mustahak adalah pemain harus berusaha untuk bekerjasam­a antara satu sama lain di dalam dan luar padang,” katanya.

 ??  ?? SKUAD B-23 kini menjalani latihan di China.
SKUAD B-23 kini menjalani latihan di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia