Harian Metro

Hidhir sedia sahut cabaran

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain sayap muda Kedah, Hidhir Idris sedia menyahut cabaran untuk memberi aksi terbaik dalam pertemuan menentang Kelantan pada saingan kumpulan C Piala Malaysia yang akan bermula di Stadium Darul Aman, malam ini.

Menurut Hidhir, aksi kali pertama dalam saingan Piala Malaysia itu bakal menjadi pengalaman yang sangat berharga dan dia enggan melepaskan peluang melonjakka­n prestasi dirinya sejak menyertai Lang Merah, musim ini.

“Saya bertekad tidak mempersiak­an peluang ini sekiranya dipilih beraksi dan saya menganggap setiap kemenangan yang diraih dalam perlawanan nanti hadiah bernilai buat semua penyokong setia Kedah.

“Saya bersedia sekiranya disenaraik­an oleh ketua jurulatih dan mahu buktikan kepada penyokong bahawa pemain muda Kedah adalah antara yang terbaik dihasilkan dan mampu bersaing dan menggalas cabaran pada tahap tertinggi.

“Jika Kelantan kini dibarisi oleh pemain-pemain muda yang menonjol dari segi prestasi pada musim ini, saya rasa Kedah juga tidak kurangnya mempunyai barisan pemain muda yang bercita-cita tinggi dan sedia melonjakka­n kemampuan sebenar mereka setanding dengan pemain senior.”

Anak muda kelahiran Alor Setar berusia 21 tahun ini berkata, sudah menjadi impiannya sejak remaja untuk beraksi dalam kejohanan berprestij ini dan teruja untuk membantu pasukan mencari kejayaan pada kejohanan ini.

“Apabila melihat pemain senior beraksi di pentas Piala Malaysia beberapa musim lalu, hati saya tidak sabar untuk bersama pasukan.. dan demi lambang Kedah di dada, saya mahu turut menyumbang untuk kejayaan pasukan Kedah pada peluang yang ada ini.

“Kejayaan Kedah dalam saingan Piala Malaysia kali ini memang dinantikan oleh seluruh penyokong, lebih lebih lagi kita adalah naib juara musim lalu dan sudah tiga kali berturut-turut berada di pentas final sejak 2015.

“Berbekalka­n pengalaman dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini termasuk ketika aksi Piala Sumbangsih 2018 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal musim ini menjadikan keyakinan saya terus meningkat,” katanya.

 ??  ?? HIDHIR (belakang) enggan lepas peluang sekiranya dipilih beraksi menentang Kelantan.
HIDHIR (belakang) enggan lepas peluang sekiranya dipilih beraksi menentang Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia