Harian Metro

BIKIN KEJUTAN

-

PKNP FC mencipta kejutan apabila menewaskan juara 33 kali, Selangor 3-0 dalam saingan pertama Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mohd Hafiz Ramdan memecah kebuntuan pada minit ke-22 apabila melepasi kawalan beberapa pertahanan Selangor di dalam kotak penalti dan sembilan minit selepas itu, pertahanan Selangor dihukum dengan gerakan pantas Fandi Ahmad yang menjadikan kedudukan 2-0.

Babak kedua bersambung, percubaan Selangor untuk mengurangk­an defisit terus gagal sebaliknya PKNP FC menambah derita tuan rumah apabila melebarkan jurang dengan gol ketiga pada minit ke-61 menerusi Ritus Krjauklis susulan sepakan percuma yang diperoleh pelawat.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan D, Pahang sekadar seri 1-1 berdepan Sabah yang bersaing buat kali pertama dalam saingan paling berprestij itu dalam tempoh enam tahun.

Juara Piala FA itu harus menyalahka­n diri sendiri walaupun mendapat gol pendahulua­n yang dicipta Austin Amutu seminit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bagaimanap­un bersambung babak kedua, Sabah tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan Hector Ramos pada minit ke-46.

Dalam saingan Kumpulan A, juara Piala Malaysia 2001, Terengganu berpesta gol apabila membelasah Kuala Lumpur 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Penyerang import skuad Peteh, Tchetche Kipre muncul pemusnah buat tuan rumah apabila meledak hatrik dan kemenangan itu sekali gus memastikan permulaan menarik buat wakil Pantai Timur kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Kipre membuka jaringan pada minit ke-24 sebelum Lee Andrew Tuck bijak memanfaatk­an kelebihan dimilikiny­a apabila minit ke-44 untuk gol kedua pelawat.

Kipre terus meletakkan Terengganu semakin selesa selepas menyempurn­akan hantaran lintang Mohamad Kamal Azizi Zabri pada minit ke-54 diikuti hatrik pada minit ke-72.

Igor Zonjic turut melakar nama selaku penjaring pada minit ke-64 manakala Kuala Lumpur memperoleh gol sagu hati menerusi Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-85.

Di Stadium Perak, tuan rumah gagal menggunaka­n kelebihan bermain di tempat sendiri apabila terikat 0-0 dengan FELCRA FC.

„ Selangor tumbang, Pahang diikat Sabah

 ?? FOTO: ?? Pemain Sabah, Hamran Peter (kiri) menanduk bola sambil dikawal pemain Pahang, Azam Azih di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
FOTO: Pemain Sabah, Hamran Peter (kiri) menanduk bola sambil dikawal pemain Pahang, Azam Azih di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia